CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FASHA SANDHA PASANG CCTV DEMI ANAK - PUTRA RAYFAL


Fasha Sandha Pasang Cctv Demi Anak - Putra Rayfal

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com bersetuju dengan tindakan Fasha Sandha untuk memasang CCTV untuk memantau pergerakan anaknya iaitu Putra Rayfal. Ibu mana yang tidak sayangkan anak kan? Sering kali kita mendengar kes dera anak oleh pengasuh, isu ini telah mendatangkan banyak kerisauan terutamanya kepada ibu bapa yang sibuk bekerja. Begitu juga dengan Fasha Sandha yang sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menjaga anaknya dikala dia sibuk menjalani kehidupan sebagai artis selebriti yang terkenal di Malaysia.


Kes Dera Anak Membuatkan Fasha Sandha Nekad Pasang CCTV

Bimbang dengan kes penderaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak, pelakon (Gambar Artis) Fasha Sandha mengakui memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keadaan anak sulungnya, (Gambar) Putra Rayfal melalui telefon bimbit.

"Saya akan memantau keadaan anak melalui telefon bimbit.  Tidak senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya akan memeriksa keadaan anak," ujar fasha yang dipetik daripada Astro Awani.



Dalam perkembangan sama, Fasha Sandha turut meluahkan rasa sedihnya setiap kali meninggalkan anak kesayangan terutama ketika menjalani penggambaran.

Putra Rayfal telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu di Hospital Prince Court, kuala Lumpur. - MH Online


VIDEO FASHA SANDHA SEMASA MENGANDUNG PUTRA RAYFAL

Mohd Rohaizad - Bagi penulis, CCTV telah mula menjadi seperti keperluan kepada artis Malaysia dan orang kenamaan untuk menjaga harta benda dan memantau orang yang kita sayangi di rumah mahupun di pejabat. Begitulah tindakan Fasha Sandha yang memasang CCTV untuk menjaga anaknya Putra Rayfal dari jauh apabila keluar shooting. Malah kereta Fasha Sandha pernah hilang dicuri suatu ketika dahulu. Adakah Fasha Sandha turut memasang CCTV untuk memantau Jejai sama? Manalah tau kan, ada perempuan yang cuba untuk menggoda Jejai.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FASHA SANDHA PASANG CCTV DEMI ANAK - PUTRA RAYFAL By Mohd Rohaizad. Published: 7.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...