CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FAUZIAH LATIFF – RAHSIA AWET MUDA


Fauziah Latiff Dedah Rahsia Awet Muda - Minum Pati Ikan Haruan

Blog hiburan Mohdrohaizad.com memang kagum dengan kejelitaan artis Malaysia yang terkenal sebagai penyanyi iaitu Fauziah Latiff atau nama manjanya Jee / Gee, walaupun umur sudah menjangkau pertengahan 40-an tetapi wajah dan bodynya seperti anak dara. Apa rahsianya? Kali ini Fauziah Latiff mendedahkan rahsia awet mudanya dengan mengamalkan minum pati ikan haruan. Anda pernah minum  atau makan ikan haruan? Bagi orang luar bandar atau kampung memang sudah biasa, tambah-tambah lagi bagi yang baru lepas bersalin anak. Fauziah Latiff pula amal minuman pati ikan haruan setiap hari! Anda mahu cuba?


Rahsia Kejelitaan Fauziah Latiff

Walaupun sudah menginjak usia 40-an, kejelitaan pelantun lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu', Fauziah Latiff nyata terserlah. Pasti ramai yang ingin tampil seperti wanita ini bukan?

Sudah lebih 20 tahun mengamalkan minuman kesihatan pati ikan haruan merupakan rahsia wanita ini kekal sihat dan semakin menawan.

“Saya mula minum pati ikan haruan sewaktu umur saya 18 tahun. Orang tua yang menyaran saya untuk minum pati ini kerana waktu itu saya sedang sibuk dengan aktiviti seni. Mereka percaya pati ikan haruan dapat tambah tenaga dalam badan kita. Sejak itu, saya amalkan minum pati ikan haruan sehingga sekarang”, ujar Fauziah yang ditemui baru-baru ini.


Fauziah Latiff Duta Jenama Polleney - Kesihatan

Oleh kerana percaya akan khasiat pati ikan haruan ini, Fauziah Latiff dilantik menjadi duta jenama Polleney untuk kali kedua.

“Pati ikan haruan bukan sahaja bagus untuk ibu selepas bersalin, malah ia juga bagus untuk awet muda. Saya amalkan minum satu botol setiap hari. Jika terlalu penat, saya akan minum dua botol pada waktu pagi dan malam”, kata Fauziah Latiff.

Meskipun dia nampak langsing, tambah Fauziah Latiff dia tidak gemar terlalu mengawal pemakanan sebaliknya dia lebih suka menikmati pelbagai jenis makanan  dengan cara yang sihat.

“Rugi kalau terlalu kawal pemakanan. Tapi saya amalkan diet seimbang dan rajin bersenam”, jelas Fauziah Latiff yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 'Roda-Roda Kuala Lumpur'. - Portal Gua.com.my




VIDEO MUZIK FAUZIAH LATIFF - TERATAI LAYU DI TASIK MADU - JUARA LAGU 1993

Mohd Rohaizad - Penulis sebenarnya sudah lama tidak makan ikan haruan. Mungkin selepas ini boleh cuba minum pati ikan haruan seperti Fauziah Latiff, tapi bukanlah setiap hari. Mana nak cekau duit beli hari-hari. Bagi yang berkemampuan mungkin sesuai mengamalkan rahsia awet Fauziah Latiff ini. Selamat mencuba!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FAUZIAH LATIFF – RAHSIA AWET MUDA By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...