CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FILEM 'THE NEW VILLAGE' KOMUNIS DIHARAMKAN DI MALAYSIA


Terkini Isu Kontroversi Filem 'The New Village' Berunsur Komunis dan Diharamkan Tayangan Di Malaysia?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com diberitakan tentang filem yang kontroversi iaitu 'The New Village' yang mengisahkan tentang perjuangan komunis / MPAJA di Tanah Melayu! Ramai telah memberi pendapat mengenai filem ini dan anggap wajib diharamkan! Bukan penulis yang cakap, seniman artis yang telah melihat filem ini secara keseluruhan telah mengkritik filem The New Village kerana memuatkan dialog dan babak yang dianggap keterlaluan dan jauh tersasar dari sejarah Malaysia! Sebelum ini, KDN telah memberi kelulusan pada tahun 2012 tetapi setelah penambahan babak yang keterlaluan telah membuatkan filem The New Village bakal diharamkan di Malaysia!


Filem 'The New Village' Ditangguh KDN Kerana Komunis?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem 'The New Village' yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 22 Ogos ini kerana perlu menjalani satu lagi proses tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat reaksi daripada masyarakat berhubung jalan ceritanya yang dikatakan boleh mencetuskan kontroversi. 

“Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog,” ujarnya.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem 'The New Village' pada 4 September 2012 bagaimanapun filem tersebut diluluskan  berikutan babak filem itu tidak keterlaluan pada ketika itu.

Filem terbitan Astro Shaw yang diarahkan oleh Wong Kew Lit ini mengisahkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.


Filem New Village Lepas Penapisan Pertama

Astro Shaw hari ini menjawab segala tuduhan yang dilemparkan media berhubung kemelut yang melanda filem "The New Village" yang dikatakakan mengagungkan fahaman komunis.

Pihak penerbitan menjelaskan filem berkenaan telah melalui semua proses tapisan yang digariskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan filem itu telah diklasifikasikan sebagai P13 tanpa memerlukan suntingan kali kedua.

Astro Shaw memberitahu, "The New Village" akan melalui proses tapisan kedua yang akan dijalankan oleh LPF. Klasifikasi P13 bermakna anak-anak yang berusia di bawah 13 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa mereka ke pawagam bagi mengelakkan anak-anak tersebut tersalah tafsir dengan mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem.

“'The New Village' merupakan sebuah filem rencana dalam bahasa Mandarin yang mengisahkan sebuah percintaan terlarang. Filem Cina ini memaparkan kesukaran hidup komuniti Cina di sebuah penempatan semula iaitu di Kampung Baru yang diwujudkan penjajah British,” menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan yang diberikan kepada The Malaysian Insider.


Filem The New Village Kena Gantung atau Bakal Diharamkan?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh LPF.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata filem itu telah ditapis tiga ahli panel LPF dan diluluskan pada 7 September 2012 maka pihaknya tiidak teragak-agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada Ahad melalui kolumnisnya Awang Selamat menuduh penerbit filem "The New Village" mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis serta mengiktiraf perjuangan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata kebenaran terhadap tayangan filem "The New Village" perlu ditarik balik jika ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi.

Ketua Pemuda Umno itu memberitahu berdasarkan tontonan trailer, filem itu tidak boleh diterima dan seolah-olah mengagungkan komunis yang dikenali sebagai pengganas yang banyak melakukan kemusnahan di negara kita. - 29 Julai, 2013.


Isu Kontroversi: Dialog Filem New Village Perlu Diteliti

Laporan lengkap penelitian semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap filem The New Village akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu ini.

Pengerusi LPF Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata dua panel ditubuhkan yang masing-masing berperanan untuk mencari apa yang didakwa mengandungi unsur memperjuangkan komunis dan mencari agenda tersembunyi daripada segi jalan cerita, perkara-perkara tertentu di sebalik filem itu.

"Panel LPF sentiasa melihat dari sudut garis panduan yang ditetapkan untuk sesebuah filem dan kita akan melihat semula objektif filem itu. Panel yang ditubuhkan akan menonton semula filem itu.

"Malah, pagi tadi telah berjumpa dengan Astro Shaw (penerbit filem) dan mereka telah serah filem tersebut kepada kami untuk penelitian semula," katanya kepada Bernama hari ini.

Filem itu mengundang kontroversi umum di Internet apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tayangan filem itu yang dijadualkan pada 22 Ogos ditangguhkan bagi membolehkan LPF meneliti semula kandungannya termasuk keperluan menapis semula daripada segi plot cerita dan mesejnya.

Raja Azhar berkata jika laporan penelitian semula telah diserahkan kepada KDN, keputusan penayangan terletak pada bidang kuasa kementerian itu.

"LPF hanya berperanan untuk meletakkan garis panduan yang sesuai dan bukannya penentu sesebuah filem itu boleh ditayang atau sebaliknya," katanya.

Ditanya mengapa pada peringkat awal LPF meluluskan filem itu untuk ditayangkan, beliau memberitahu bagi LPF, filem itu telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.

"Dari segi garis panduan, filem itu dilepaskan kerana ia melepasi semua garis panduan kita seperti bebas dari isu ketenteraman awam, keselamatan, keagamaan dan hubungan kaum.

"Kita juga teliti setiap dialog. Malah dari segi isu-isu keganasan keterlaluan pun tiada malahan bersih. Begitu juga tiada dialog yang menyinggung perasaan kaum," katanya.


Wajib Teliti Semula Filem The New Village - Kampung Baru

Raja Azhar menjelaskan kontroversi yang timbul ketika ini 'di luar garis panduan LPF' contohnya objektif filem dan tujuan filem diterbitkan, dan LPF perlu meneliti semula kandungan keseluruhan film tersebut.

"Sebagai sebuah cerita, filem ini memang tiada isu ... tetapi jika ada di sebalik cerita sama ada memperjuangkan komunis atau tidak, itu yang kita akan double check. Dalam konteks filem hiburan, ia lepas. Kalau wujud isu perkauman, kita memang sudah potong," katanya. 

Raja Azhar turut menasihatkan mereka yang mengkritik tanpa usul periksa ketika ini supaya menonton keseluruhan filem dan bukannya treler sahaja yang langsung tidak menggambarkan keseluruhannya.

Menurutnya filem tersebut berkisar pada pencintaan seorang gadis kampung dengan anggota komunis yang dipisahkan dengan kawat berduri selain memaparkan ketentaraman awam dikawal sepenuhnya pasukan keselamatan. 

Raja Azhar turut ditanya kenapa filem itu akan ditayangkan terlebih dahulu berbanding filem 'Tanda Putera' yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei.

Beliau berkata keputusan menayangkan mana-mana filem terletak pada bidang kuasa pengeluar dan penerbit filem itu sendiri dan bukannya di bawah LPF.

"Ini strategi pemasaran dan perniagaan mereka, sama ada hendak tayang dahulu atau kemudian. Tugas kita hanya membuat penapisan dan menguruskan filem itu," katanya. - Bernama.


VIDEO SINOPSIS FILEM 'THE NEW VILLAGE' OFFICIAL TRAILER

+Mohd Rohaizad dan para peminat belum lagi tengok video filem  'The New Village' yang mendapat bantahan ramai seniman artis dalam industri hiburan. Filem ini mungkin diharamkan kerana menganggap komunis merupakan pejuang bagi kemerdekaan Tanah Melayu tetapi selepas kekalahan Jepun, Komunis telah melakukan keganasan dan pembunuhan yang dianggap dahsyat dalam sejarah Malaysia! Adakah filem The New Village wajar diharamkan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FILEM 'THE NEW VILLAGE' KOMUNIS DIHARAMKAN DI MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...