CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FOUNDER AMBANK DITEMBAK MATI ISTERI PARAH


Kotroversi Founder / Pengasas AMBANK Hussain Ahmad Najadi Ditembak Mati Isteri Parah!

Blog Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan kematian pengasas AMBANK iaitu Hussain Ahmad Najadi telah ditembak mati dan isterinya kini parah di hospital! Punca kejadian dipercayai akibat dendam perniagaan beliau. Lebih malang, situasi negara Malaysia yang dikatakan aman tiada peperangan tetapi kejadian bunuh, rompak, rogol semakin menjadi-jadi berleluasa! Apa yang dimomokkan kepada rakyat Malaysia adalah negara aman? Padahal negara Malaysia antara top 6 paling bahaya di dunia! Selepas ini siapa pula yang hendak ditembak mati? Kontroversi juga timbul dikalangan blogger, bahawa kes bunuh seumpama ini dibuat oleh orang dalam kerajaan sendiri? Dimana mereka dapat senjata-senjata yang mudah dibawa masuk dan tembak sesuka hati? Syukur negara kita masih aman tanpa peperangan..


Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi Maut Ditempat Kejadian

Pengasas Arab Malaysian Bank (Foto) Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.

"Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta.

"Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di ibu negara untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

Punca Dendam Perniagaan Pengasas Ambank Ditembak Mati

"Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50 tahun, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi.


Pengerusi Ambank Hussain Ahmad Ditembak Tempat Parking

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin. Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, (Gambar) Hussain Ahmad Najadi, 75 tahun, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.


Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group. - Bernama.

Dikemaskini 31 Julai 2013

Gambar Suspek Dikesan Melalui Rakaman CCTV

Gambar suspek utama dalam kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) founder, Hussain Ahmad Najadi dari rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, Isnin lalu yang disiarkan melalui laman web Facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia, hari ini. Polis percaya suspek dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan Kantonis) atau Jian adalah suspek utama kejadian itu. - Foto ihsan Facebook-PDRM KL


Dikemaskini 1 Ogos 2013

Pemandu Teksi Bawa Suspek Pembunuh Lari Direman Polis

Pemandu teksi, yang didakwa memandu kenderaan untuk lelaki yang menembak Hussain Ahmad Najadi dapat melarikan diri, telah ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling pada hari Selasa, akan ditahan reman sehingga Selasa (6 Ogos).

"Kita tidak perlu menentukan sama ada pemandu adalah rakan sejenayah daripada suspek utama atau hanya menjadi mangsa keadaan.

"Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi kita berharap untuk mengetahui lebih lanjut dalam beberapa hari yang akan datang," katanya pada satu sidang media di sini, Khamis.

Mohmad berkata, polis telah merakamkan kenyataan daripada beberapa orang yang berkepentingan, termasuk individu yang ditemui Hussain di kuil Kuan Yin untuk perjanjian urusan tanah, sebelum beliau dibunuh.

"Kami masih menunggu untuk merakamkan kenyataan isteri Hussain, Cheong Mei Kuen. Beliau masih sedang dirawat ekoran tembakan senjata di lengan dan kaki," katanya.

Mengenai pemburuan terhadap suspek utama, Mohmad berkata, polis telah mempertingkatkan usaha untuk mengesan lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai (lelaki empat mata dalam bahasa Kantonis).

"Kami percaya dia masih di bandar. Kami yakin menahannya selepas mukanya didedahkan kepada orang ramai," katanya.

Mohmad mengesahkan bahawa selepas empat hari, polis telah meneliti motif yang dikaitkan dengan perjanjian harta.

"Pembunuhan beliau kemungkinan disebabkan oleh urusan ke atas harta. Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk mendedahkan di sebalik insiden tembakan itu," kata beliau.

Pengasas Arab Malaysian Bank sedang berjalan ke kereta bersama isteri beliau selepas mengadakan rundingan perjanjian tanah di kuil pada kejadian beliau ditembak.

Seorang lelaki datang dari arah belakang dan menembak beliau, yang mengenai bahagaian dada dan bawah abdomen.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dalam teksi yang sudah menunggunya.

Najadi meninggal dunia di tempat kejadian manakala Cheong, 49, cedera di bahagian lengan dan kaki.

Gambar pembunuh yang disyaki dirakamkan oleh CCTV berhampiran kuil di Lorong Ceylon di sini, telah pun diedarkan kepada media. - Mstar.


VIDEO PENGASAS AMBANK HUSSAIN AHMAD NAJADI - PERBUALAN DALAM BMW

+Mohd Rohaizad mengucapkan takziah buat keluarga pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi yang meninggal dunia akibat ditembak dan berharap isterinya yang parah dapat diselamatkan. Al-fatihah untuk arwah yang sememangnya orang yang baik dan dermawan. Diharap penjenayah yang terlibat berjaya ditangkap melalui rakaman video CCTV yang digunakan untuk mengesan suspek yang masih lagi bebas di luar sana.

P/s: Hukum Allah S.W.T sahaja yang terbaik, undang-undang hudud wajar dipertimbangkan. Bila Malaysia nak ikut Arab Saudi buat undang-undang pancung? atau ikut China, tembak mati perasuah?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FOUNDER AMBANK DITEMBAK MATI ISTERI PARAH By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...