CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FOUZIAH GOUS - ZHAFRAN YUSOF BERKAHWIN TAHUN INI


Fouziah Gous - Zhafran Yusof Berkahwin Tahun Ini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat pasangan yang baru bertunang iaitu Fouziah Gous dan Zhafran Yusof. Malah mereka pandai menjaga diri dan batas-batas semasa bertunang. Pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof telah merancang untuk berkahwin pada tahun ini cuma tarikh belum ditetapkan. Mungkin dijangka bulan Disember kerana menunggu adik Zhaf yang berada di luar negara sebab belajar dan perlu waktu cuti semester masa tersebut.


Majlis Pertunangan Fouziah Gous - Zhafran Yusof

Sejak mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu, pasangan bahagia ini sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Dalam melayari perjalanan menuju hari bahagia, pelakon cantik, (Gambar Artis) Fouziah Gous, tidak ketinggalan untuk membawa kenangan baru dalam hidupnya sebagai tunangan orang.

Malah, momen indah menyambut kedatangan Ramadan turut dikongsi bersama tunangnya, (Gambar) Zhafran Yusof atau lebih mesra disapa Zhaf.

Lembaran puasa yang bermula Rabu lalu disambut dengan penuh erti apabila pasangan ini memilih untuk menunaikan Tarawih bersama.

Menerusi laman sosial Twitter milik pasangan ini, masing-masing melahirkan rasa syukur kerana dapat menyambut Ramadan bersama.

Fouziah Gous - Zhafran Yusof Jaga Batasan

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya, (Gambar) Nor Fouziah Mohd Gous, 31 tahun, selain menunaikan Tarawih bersama, Zhaf juga turut mengajarnya mengaji al-Quran.

"Syukur Alhamdulillah, tahun ini, saya dapat tunaikan Tarawih pertama bersama tunang dan keluarganya. Saya turut bersyukur kerana Zhaf diberi kelebihan mengajar saya mengaji al-Quran.

"Selain kami, keluarga juga turut menyertai solat Tarawih itu. Ini adalah persediaan kami untuk ke fasa yang seterusnya.


"Pun begitu, kami perlu menitikberatkan pelbagai perkara agar tidak melanggar batas-batas agama kerana ikatan ini tidak semestinya kami bebas melakukan aktiviti bersama kerana kami bukan mahram. Ianya masih tidak sama seperti pasangan yang berkahwin," kata bekas pramugari penerbangan Malaysia (MAS) ini.

Tarawih pertama itu juga, Fouziah Gous turut menerima pemberian telekung daripada bakal mertuanya, Normah Ali dan sejambak bunga daisi daripada Zhaf.

Ziarah kubur bapa, dalam pada itu, Fouziah juga turut berkongsi rasa pilunya di saat menyambut kedatangan Ramadan tanpa bapa di sisi.

Bapa Fouziah Gous Meninggal Dunia

Walaupun bapanya, Mohd Gous Ghulam, 77 tahun, sudah meninggalkan mereka sekeluarga genap setahun (semalam), namun rasa rindu Fouziah terhadap bapanya masih menebal.

"Saya sentiasa merindui arwah dan tidak pernah melupakannya. Setiap kali solat, saya akan sedekahkan bacaan Yasin dan doa agar arwah aman di sana.

"Ini adalah Ramadan kedua tanpanya. Tahun lalu, kami sempat menunaikan ibadah puasa bersama dan arwah sangat ceria. Kami juga sempat merakam video bersama.

"Walaupun kehilangannya sangat dirasai kami sekeluarga, namun saya bersyukur kerana arwah pergi pada bulan mulia. Sebagai anak, saya bertanggungjawab untuk mendoakannya," katanya yang turut menziarahi kubur bapanya, semalam.

Arwah bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos tahun lalu kerana mengidap beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.


Fouziah Gous - Zhafran Yusof Belum Tetap Tarikh Kahwin

Walaupun sebelum ini baik Zhaf mahupun Fouziah masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun keintiman mereka menjadikan masyarakat tidak sabar untuk melihat pasangan ini disatukan.

Namun, menurut Fouziah Gous, sehingga kini mereka masih belum memilih tarikh sesuai berikutan beberapa perkara perlu diuruskan.

Selain daripada kesibukan jadual kerjaya seni dan perniagaan sarang burung yang diusahakan berdua, mereka juga perlu mencari tarikh yang sesuai agar kesemua keluarga dapat berkumpul di hari mulia itu.

"Insya-ALLAH, kalau tiada halangan, tahun ini juga kami akan berkahwin. Lagi cepat, lagi bagus. Kalau boleh, kami memang nak kahwin pada September.

"Namun, saya kena tunggu abang saya yang kini sibuk menguruskan perniagaan produk kamera litar tertutup (CCTV). Dia terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Zhaf pun kena tunggu musim cuti adiknya yang kini melanjutkan pengajian di luar negara. Sebab itulah kami masih menunggu waktu sesuai," katanya yang kini dalam persiapan terakhir untuk memasarkan produk sarang burung, My Walet. - SinarHarian.


VIDEO MAJLIS PERTUNANGAN FOUZIAH GOUS - ZHAFRAN YUSOF

Mohd Rohaizad dan peminat seronok melihat Fouziah Gous dan Zhafran Yusof yang kelihatan seperti pasangan yang sepadan sama cantik dan kacak. Umur pun dah meningkat, memang Fouziah Gous perlu merancang majlis perkahwinannya secepat mungkin. Benda yang elok buat apa nak tunggu kan? Kami doakan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Amiinn.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FOUZIAH GOUS - ZHAFRAN YUSOF BERKAHWIN TAHUN INI By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...