CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GADIS ISLAM MAHU SERTAI RATU CANTIK MALAYSIA


Terkini Gadis Islam Tetap Mahu Sertai Pertandingan Ratu Cantik Malaysia!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com diterkejutkan oleh beberapa gadis Islam yang berkeras dan tetap mahu menyertai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2013! Sehinggakan pihak-pihak berkuasa yang terlibat tidak duduk diam dan mulalah untuk menggenakan tindakan keras melalui undang-undang yang termaktub. Siasatan telah dibuat untuk memastikan tidak ada wanita yang beragama Islam sertai pertandingan ratu cantik tersebut nanti. Malah komen-komen mereka kecewa tidak dapat menjadi peserta ratu cantik ini dianggap menghina Islam. Tahukah anda antara nama-nama artis yang terkenal sebagai bekas peserta ratu cantik ialah +Michelle Yeoh+Elaine Daly  dan +Erra Fazira.


Peserta Beragama Islam Berkeras Mahu Sertai Miss World Malaysia 2013

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kerana menghina agama Islam.

Di bawah Seksyen 7, akta berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Sebagai agensi penguat kuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.


Fatwa Mengharamkan Penyertaan Wanita Islam Dalam Pertandingan Ratu Cantik

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Berdasarkan laporan akhbar pada Selasa, peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. "Oleh itu, kenyataan tersebut (kecewa dengan fatwa) dianggap telah menghina Islam," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sister In Islam (SIS) agar menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik.


Tiada Diskriminasi Gender, Pilih Bulu, Pilih Kasih Dalam Undang-Undang

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana kenyataan atau alasan yang dikeluarkan adalah tidak berasas mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Tidak timbul isu diskriminasi berasaskan gender, pilih bulu atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak mengenai hukum tersebut.

"Dalam membicarakan persoalan hukum hakam Islam, semua pihak khususnya SIS perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana kenyataan yang dikeluarkan golongan tidak berkelayakan inilah telah menimbulkan pelbagai kacau bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya. - Bernama.


VIDEO GADIS ISLAM MENYERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK 1963-1997

+Mohd Rohaizad tidak terkejut dengan beberapa gadis beragama Islam masih berkeras untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2013. Cuma pada pandangan penulis, isu ini sudah lama timbul dikalangan rakyat Malaysia sehingga fatwa dikeluarkan untuk mengharamkan penyertaan wanita Islam. Cakap-cakap kontroversi timbul, kenapa acara bina badan, gimnastik, gimrama dan yang seangkatan tidak turut diharamkan? Sudah terang-terangan hanya memakai seluar dalam dan menampakkan bentuk badan dengan pakaian yang nipis dan ketat seperti bikini. Dunia hiburan jangan katalah, sudah terang lagi bersuluh..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GADIS ISLAM MAHU SERTAI RATU CANTIK MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...