CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GAMBAR AINAN TASNEEM KEMALANGAN HAMPIR MAUT


Gambar Kereta Ainan Tasneem Kemalangan Hampir Maut Masuk Gaung!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan berita artis Ainan Tasneem mengalami kemalangan accident kereta di lebuhraya yang hampir maut masuk gaung! Situasi menjadi sedikit panik kerana kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang, kemudian tayar kereta terkeluar, jika tidak tentu dah terperosok masuk terus ke gaung yang tidak jauh dari situ. Syukur Ainan Tasneem dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.


Ainan Tasneem Accident Kereta Di Lebuhraya

Penyanyi youtube yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, (Gambar Foto) Ainan Tasneem mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dipetik menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

“Kejadian semalam di lebuh raya NPE. 21 Julai kira-kira 2.30 pm. We were on our way to Bandar Tasik Selatan (kami tengah menuju ke Bandar Tasik Selatan). Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kami nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.

Ainan Tasneem Hampir Masuk Gaung

“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar,  tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta Ainan Tasneem memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja.

“Tapi, Alhamdulillah. Nothing happen to me and my best friend (tiada apa yang berlaku dalam diri saya dan kawan baik saya). Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat hentakan yang terlalu kuat,” kata Ainan lagi.


Mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut, Ainan Tasneem bagaimanapun bersyukur apabila tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

Ainan Tasneem Syukur Masih Selamat

“Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas. Dan kepada orang di luar sana, berhati-hati semasa memandu (To people out there, please.. Drive safely). Sayangi nyawa anda. Saya trauma kejap.

“Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Terima kasih Allah kerana masih bagi peluang untuk hidup,” ujar Ainan Tasneem mengakhiri perbualan. - Sinarharian.


VIDEO MUZIK AINAN TASNEEM LAGU BERSAMA DI HARI RAYA

+Mohd Rohaizad - Nasib baik +Ainan Tasneem  dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius semasa kemalangan accident di lebuhraya. Kepada yang memandu kereta atau kenderaan, pastikan anda bawa dengan baik dan selamat. Jika perlu, pergilah servis kenderaan bagi yang memandu jarak jauh untuk pulang beraya nanti. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR AINAN TASNEEM KEMALANGAN HAMPIR MAUT By Mohd Rohaizad. Published: 22.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...