CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GAMBAR AKMA AF3 - LAHIR ANAK PEREMPUAN


Terkini Gambar Foto Akma AF3 Selamat Lahir Anak Perempuan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat keluarga Akma AF3 kerana selamat melahirkan anak perempuan yang sulung bernama Awatif Husna Hamshi. Telah lama kita tidak dengar cerita Akma AF3 kan? Perjalanan seni Akma mungkin agak perlahan kerana selepas berkeluarga, Akma seolah-olah seperti tidak berminat lagi dengan dunia hiburan. Lagipun suami Akma mampu, anak dato' lagi..


Anak Perempuan Akma AF3

Tahniah diucapkan buat pasangan Akma AF3 atau nama sebenarnya (Gambar) Asiahtunakma Abdullah, 28 tahun dan suami, (Gambar) Farih Hamshi Dato’ Mohamad Fatmi atas kelahiran puteri sulung mereka Selasa lepas.

Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Akma AF3 menerusi laman Twitter dan Instagramnya dengan status berbunyi :

Its time.. doakan Akma semoga semuanya di permudahkan ye..

Alhamdulillah.. Akma selamat melahirkan bayi perempuan.. 16 Julai 2013 jam 10.56 mlm.. terima kasih atas doa kalian.. syukur ya Allah..

Awatif Husna Hamshi - Nama Anak Akma AF3

Setelah genap seminggu bayi comel ini dilahirkan, akhirnya Akma dan suami telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama puteri sulung mereka sebagai (Gambar Foto) Awatif Husna Hamshi yang membawa maksud sebagai terkumpul, ehsan dan kebaikkan.


Salam.. hari ni hari ke-7 baby dilahirkan.. Daddy dah pun register nama baby, Awatif Husna Hamshi bt Farih Hamshi.. alhamdulillah.. semoga jd anak yg solehah sayangku..

Bagaimanapun, di sini kami ingin kongsikan beberapa foto Husna dan video comel bayi tersebut untuk tatapan anda semua.

Untuk makluman, Akma AF3 dan Farih telah bernikah pada pada 30 Jun 2012 dan majlis resepsi mereka telah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. - OhBulan!

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Akma AF3 Boleh Klik Link Dibawah:



VIDEO KENAPA AKMA AF3 PAKAI TUDUNG / BERTUDUNG 

+Mohd Rohaizad dan para peminat mengucapkan tahniah buat keluarga Akma AF3 kerana selamat lahir anak perempuan yang comel. Bagi yang berminat untuk melihat gambar-gambar dan video anak Akma AF3, boleh ke laman instagramnya di atas. Diharap dengan kelahiran Awatif Husna Hamshi akan lebih ceria dan menyerikan keluarga Akma AF3.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR AKMA AF3 - LAHIR ANAK PEREMPUAN By Mohd Rohaizad. Published: 23.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...