CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GAMBAR ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE | SELAMAT BERSALIN | TAHNIAH!


Farid Kamil & Diana Danielle Dapat Anak Lelaki | Selamat Bersalin

mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada pasangan artis popular Malaysia, Farid Kamil dan Diana Danielle yang selamat bersalin dan memperolehi cahaya mata lelaki. Nampaknya anak lelaki sulung pasangan popular ini akan menyerikan lagi hidup mereka dengan ketawa dan tangisan di dalam rumah.

Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.
Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon (Gambar) Diana Danielle Danny Beeson, 22 tahun, bersalin di Australia pada Selasa.
Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.
“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online
David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
Proses Bersalin Diana Danielle Berjalan Dengan Selamat & Lancar
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.
“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya (Gambar) Farid Kamil Zahari, 32 tahun, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anak lelaki ku).
Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Kontroversi Diana Danielle Bersalin Awal Selepas Kahwin
Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.
Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.
Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu. - MStar


VIDEO FARID KAMIL TERKEJUT DIMAKLUMKAN DIANA DANIELLE HAMIL
Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan artis Farid Kami dan Diana Danielle kerana mendapat anak lelaki. Yang penting proses bersalin berjalan dengan selamat dan tiada masalah yang kritikal. Comel tak gambar anak Farid Kamil dan Diana Danielle? Agak-agak ikut muka siapa? Nampak macam iras muka Diana Danielle. Betul ke tidak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE | SELAMAT BERSALIN | TAHNIAH! By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...