CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GAMBAR ASHRAF MUSLIM - SAKINAH BERNIKAH DI THAILAND


Gambar Foto Artis Ashraf Muslim dan Wan Sakinah Bernikah Di Thailand!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkini melihat gambar foto majlis akad nikah Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang begitu cantik dan kelihatan sudah lama dirancang! Wah! Memang Ashraf dan Sakinah tidak bernikah secara tergesa-gesa tetapi sememangnya mereka sudah lama merancang berkahwin di Thailand! Begitulah kontroversi yang melanda artis Ashraf Muslim yang digambarkan seolah-olah seperti seorang ustaz yang baik dan tiada cacat celanya. Lebih mengejutkan, Ashraf Muslim merupakan punca utama Wan Sakinah putus tunang suatu ketika dahulu!


Ada Yang Mengambil Kesempatan Terhadap Ashraf Muslim - Wan Sakinah

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas (Gambar) Ashraf Muslim, 32 tahun, kepada wartawan berhubung sebuah puisi Dayana yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor filem Aku Masih Dara itu.

Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.


Ashraf Muslim Takut Hadir Forum Bicara Cinta?

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.

Sementara itu, wartawan turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, (Gambar) Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 tahun.

Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.


Majlis Pernikahan Ashraf Muslim - Wan Sakinah Berlangsung Seperti Dirancang

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik untuk bernikah di Siam.


Ashraf dan isteri pertamanya, (Foto) Noor Dayana Lokman, 26 tahun, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Sehingga kini pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah dua tahun bernikah.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54 tahun, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. - Sinarharian.


VIDEO TEMUBUAL BEKAS TUNANG WAN SAKINAH, SEMUA PUNCA ASHRAF MUSLIM

+Mohd Rohaizad melihat gambar foto Ashraf Muslim dan Wan Sakinah begitu cantik dan teratur seolah-olah mereka memang sudah lama merancang untuk bernikah di Thailand. Memandang keputusan untuk berpoligami mengambil masa yang lama dan berkemungkinan mahkamah akan membatalkan permohonan Ashraf Muslim untuk berpoligami setelah dikatakan Noor Dayana bersetuju untuk bermadu dengan Wan Sakinah. Pelbagai kontroversi telah timbul mengenai Ashraf Muslim dan isteri-isterinya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR ASHRAF MUSLIM - SAKINAH BERNIKAH DI THAILAND By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...