CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GAMBAR YASMIN HANI HAMIL | MENGANDUNG | TAHNIAH!


Gambar Yasmin Hani Hamil | Mengandung 4 Bulan | Tahniah - Dijangka Bersalin November 2013

Blog hiburan mohdrohaizad.com mengucapkan TAHNIAH buat artis Malaysia, Yasmin Hani dan sekeluarga kerana bakal mendapat cahaya mata dijangka bersalin November 2013. Yasmin Hani kena banyakkan berehat dan jangan terlalu lasak dan aktif, pada peringkat ini Yasmin Hani kena berhati-hati dengan kandungan. Dibawah merupakan Gambar Yasmin Hani hamil mengandung  4 bulan.



Instagram Yasmin Hani Richardson

Setelah kandungannya mencecah 16 minggu, baru selebriti, pelakon dan pengacara (Gambar Artis) Yasmin Hani Richardson mengumumkan tentang kehamilannya melalui laman sosial Instagram. Menurut Hani, dia tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang kehamilan tersebut kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya tak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu teruja kerana ketika itu kandungan masih baru dan belum kuat. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan ia tidak baik untuk ibu dari segi emosi”, kata Hani.

Tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilannya, kata Hani dia cuma mengalami perubahan ‘mood’ yang tidak menentu.

“Saya okay sahaja. Kesian pada orang lain yang terpaksa berdepan dengan ‘mood’ saya”, kata Hani berseloroh.

Yasmin Hani Dijangka Bersalin Anak - November

Tambah Yasmin Hani, dia dan suami tidak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan, namun yang penting bayi yang dijangka lahir pada bulan November nanti sihat. Yasmin Hani yang baru pulang bercuti di Bali, Indonesia bersama suami selama 10 hari begitu teruja bercerita tentang percutiannya yang kini disinari dengan kehadiran ‘orang ketiga’.




“Sudah beberapa kali saya ke Bali, tapi percutian kali ini lebih seronok. Rupanya ada banyak lagi tempat yang belum diterokai di Bali. Tambahan pula, percutian kali ini kami bukan saja berdua tapi sekarang bertiga”, kata Yasmin Hani.

Terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem ekoran keadaannya yang kini berbadan dua, namun Yasmin Hani masih sibuk mengacara majlis. Selain itu, Hani dan rakan-rakannya The Celepets sedang sibuk dengan program realiti Celebrity Reel dimana ia hanya akan ditayangkan kepada mereka yang melanggan.

Program Realiti Celebrity Reel

“Program realiti seperti Celebrity Reel ini pertama kali di Malaysia di mana hanya penonton yang melanggan melalui telefon pintar mereka yang dapat menonton rancangan ini”, kata Yasmin Hani.

Bagi yang berminat melanggan program realiti Celebrity Reel, hantarkan SMS ON CLPT ke 33887. - Portal Gua.com.my






VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN YASMIN HANI & SUAMI

Mohd Rohaizad berharap bintang popular Yasmin Hani menjaga kesihatan diri dan kandungan semasa hamil atau mengandung. Kehamilan 4 bulan kena berhati-hati kerana jika tidak dijaga dengan baik boleh mendatangkan keguguran kepada Yasmin Hani. Sebab itu Yasmin Hani tidak terlalu teruja kerana bimbang jika tidak menjadi. Kami para peminat industri hiburan mendoakan agar Yasmin Hani dapat mengharungi proses hamil dengan baik dan bersalin pada November ini tanpa mengalami sebarang masalah sukar.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR YASMIN HANI HAMIL | MENGANDUNG | TAHNIAH! By Mohd Rohaizad. Published: 4.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...