CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HAFIZ AF7 KENA TIPU KONTRAKTOR RUMAH


Kesian Artis Juara Akademi Fantasia Hafiz AF7 Kena Kontraktor Rumah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat khabar yang bekas juara Akademi Fantasia iaitu Hafiz AF7 atau nama komersial terkini Hafiz Suip telah kena tipu oleh kontraktor 3 kali! Banyak kali juga Hafiz kena tipu kerana tiada yang memantau rumahnya di Kuching, Sarawak. Agak-agak berapa yang telah dihabiskan oleh Hafiz Suip untuk membina rumah tersebut ya?


Hafiz Suip Kecewa Ditipu 3 Kali Kontraktor Rumah Di Sarawak

Penyanyi (Gambar) Hafiz Suip kesal selepas tiga kali ditipu oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengubahsuaian rumah ibu bapanya di Kuching, Sarawak.

Hafiz Suip, 23 tahun, berkata, disebabkan perkara itu juga, dia terpaksa menanggung kerugian yang agak besar.

"Akhirnya rumah ibu bapa saya di Kuching siap diubah suai setelah tiga kali saya ditipu oleh kontraktor.

"Mereka tidak menghabiskan kerja dan lari setelah menerima bayaran. Ia berlaku mungkin juga kerana tiada pengawasan daripada kami sebab semua sudah berpindah ke Semenanjung," katanya.

Sumbangan Hasil Nyanyian Hafiz Bina Rumah Di Sarawak

Tambah Hafiz Suip, proses membesar dan pengubahsuaian rumah tersebut merupakan antara sumbangannya kepada keluarga daripada hasil nyanyian.

"Rumah itu sangat bermakna kepada saya, saya dilahirkan dan dibesarkan di rumah itu dan itu niat saya ketika awal menceburi industri ini.

"Sebab itu saya tetap mahu mengubahsuaikannya walaupun kami sekeluarga mempunyai sebuah lagi rumah berdekatan kawasan rumah yang diubahsuai itu," kata Hafiz Suip.


Rumah Hafiz Tempat Keluarga dan Para Peminat Berkumpul

Tambah Hafiz Suip lagi, dia akan menjadikan rumah tersebut sebagai tempat berkumpul dan perjumpaan keluarga serta peminat terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri

"Buat masa ini, adik saya yang masih menuntut di UiTM Kota Samarahan tinggal dan menjaga rumah itu.

"Tapi kalau ada kelapangan dan cuti kami sekeluarga akan balik ke sana. Saya juga lebih senang untuk membuat rumah terbuka pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri di situ kerana ramai peminat yang sudah tahu lokasi rumah itu,” katanya. - Mstar.


VIDEO MUZIK LIVE HAFIZ SUIP - DEKLAMASIKU

Mohd Rohaizad - Begitulah cerita artis Hafiz yang asyik kena tipu oleh kontraktor yang dibayar untuk membina rumah tetapi lari biar terbengkalai. Bersabar ya Hafiz. Mengenai imej terbaru Hafiz Suip atau Hafiz AF7 ini tiada lagi gaya afro atau rambut kerintingnya. Sebelum itu rambutnya sinonim dengan diri Hafiz, adakah selepas ini Hafiz akan gemparkan industri hiburan dengan lagu terbarunya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HAFIZ AF7 KENA TIPU KONTRAKTOR RUMAH By Mohd Rohaizad. Published: 18.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...