CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HAFIZ HAMIDUN - TUNANG KAHWIN ORANG LAIN!


Terkini Hafiz Hamidun Kecewa - Bakal Tunang Kahwin Orang Lain!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cerita artis Hafiz Hamidun, kekasihnya yang bakal bertunang sudah pun berkahwin dengan lelaki lain! Orang sebaik Hafiz Hamidun pun kena tinggalkan? Apa kurangnya Hafiz Hamidun ini? Tidak mengapa, mungkin bukan jodohnya, bagi penulis, ramai lagi gadis / wanita yang Hafiz Hamidun boleh pilih. Mungkin kategori ustazah lebih sesuai dan kena dengan jiwa Hafiz.



Hafiz Hamidun Kecewa kekasih Kahwin Lelaki Lain

Penyanyi (Gambar Artis) Hafiz Hamidun benar-benar kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu.

Hafiz Hamidun, 29 tahun, berkata, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arab itu situ pada Mac lalu.

Bagaimanapun sebelum bertolak, (Foto) Hafiz Hamidun diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang.

"Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh.

"Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain.

"Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah," katanya.


Hafiz Hamidun - Majlis Perkahwinan Rakan Diperkenalkan Wanita

Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung di sini pada Khamis lalu.

Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu.

"Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu.

"Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,"ujar Hafiz Hamidun.

Album Hafiz Hamidun - Zikir Terapi 2

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz bakal melancarkan album keduanya berjudul Zikir Terapi 2 pada 22 Julai depan selepas kejayaan album Zikir Terapi pertama yang meraih jualan 150,000 unit.

"Alhamdulillah, di saat masalah jualan album yang merudum, album zikir saya berjaya. Harap-harap album seterusnya ini turut mendapat respons yang baik," katanya. - Mstar.


VIDEO MUZIK HAFIZ HAMIDUN - ASTAGHFIRULLAH (ZIKIR TERAPI DIRI)

Mohd Rohaizad dan para peminat dunia hiburan memang tidak sangka orang sebaik Hafiz Hamidun pun kena tinggalkan kekasih. Dah rancang hendak bertunang, tengok-tengok perempuan tersebut sudah pun berkahwin dengan lelaki lain. Siapa yang tidak kecewa? Kalau penulis pun akan keluar air mata. Walaubagaimanapun, kami harap Hafiz Hamidun bersabar banyak-banyak dan insya Allah jodoh yang terbaik buat Hafiz Hamidun. Kami percaya!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HAFIZ HAMIDUN - TUNANG KAHWIN ORANG LAIN! By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...