CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HATTAN - ARIANIE BERNIKAH RUJUK KEMBALI


Hattan dan Arianie Akan Bernikah dan Rujuk Kembali!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan berita baik mengenai artis lagenda Hattan dan Arianie akan bernikah dan rujuk kembali setelah 8 tahun bercerai! Pelbagai kontroversi melanda Hattan dalam dunia hiburan dan dikaitkan dengan ramai artis perempuan yang cantik tetapi akhirnya memilih bekas isterinya untuk dinikahi kembali. Kemungkinan besar faktor anak lelaki kesayangan mereka membuatkan Hattan ingin bersatu semula.


Hattan - Arianie Dulu Bercerai Kini Rujuk Kembali

Tidak ada siapa yang dapat meneka apa yang bersarang di hati penyanyi kesayangan ramai ini. Apa yang berlaku selama ini memang sukar dijangka apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan (Gambar) Datuk Hattan.

Walaupun kisah rumah tangga penyanyi ini sering mendapat liputan meluas sejak dulu tapi cerita sensasi Hattan tak pernah habis. Ada sahaja cerita yang menarik perhatian peminat terutama membabitkan soal rumah tangga.

Walaupun gagal dalam perkahwinan keduanya itu langsung tidak membuatkan penyanyi lagu Biso Bonar ini mengalah. Yang mengejutkan ramai pihak apabila Hattan mengumumkan bakal bernikah semula dengan bekas isterinya.


Hattan - Arianie Akad Nikah Di Hotel

Jika tidak ada aral melintang, Hattan bakal bernikah dengan (Gambar) Arianie Mohd Abidin Rabu ini bersamaan 15 Ramadan di sebuah hotel di Putrajaya.

Macam yang berlaku sebelum ini, khabarnya penyanyi ini hanya akan menjemput keluarga terdekat dan rakan-rakan media yang rapat dengan mereka ke majlis itu nanti.

Cuma tak pula kami ketahui sama ada akan dibuat majlis besar-besaran atau hanya majlis akad nikah Hattan semata-mata. Tak kisah besar atau kecil pun asalkan rumah tangga yang dibina buat kali kedua ini akan kekal sampai akhir hayat. Kami pasti buah hati mereka (Gambar) Adam Eiman, 15 tahun, adalah orang yang paling gembira dengan pernikahan ini.

Untuk rekod, pasangan ini pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya - Utusan Malaysia.


KOLEKSI VIDEO MUZIK HATTAN - DIA FADILA - LAGU TANGISAN MARHAENIS

+Mohd Rohaizad dan para peminat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hattan dan Arianie yang akan bernikah dengan kata lain akan rujuk kembali. Begitulah yang terjadi kepada Hattan dan bekas isterinya, sebelum ini rumahtangga mereka pernah digemparkan dengan campur tangan orang ketiga. Tapi akhirnya pasangan ini kembali jua setelah semua kemelut selesai dan mencapai persefahaman serta demi anak yang mereka sayangi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HATTAN - ARIANIE BERNIKAH RUJUK KEMBALI By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...