CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HRITHIK ROSHAN PARAH KEMALANGAN DI PHUKET THAILAND


Artis Bollywood, Hrithik Roshan Parah Kemalangan Di Pulau Phuket, Thailand

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan berita pelakon terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan mengalami kemalangan parah semasa beraksi dalam filem Bang Bang di Pulau Phuket, Thailand. Lebih mengejutkan Hrithik telah menjalani pembedahan otak untuk menyelamatkannya dengan mengeluarkan darah beku di dalam kepalanya. Ngeri tak?


Hrithik Roshan Menjalani Pembedahan Otak

Bintang Bollywood terkenal, (Gambar) Hrithik Roshan telah dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengalami hematoma subdura kronik sehingga memaksanya menjalani pembedahan di bahagian otak selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Pembedahan yang dijalani Hrithik Roshan di Hospital Hinduja telah berjalan dengan jayanya dan prosedur telah dilakukan oleh konsultan pakar bedah neuro, Dr B K Mishra selama 45 minit sahaja.


Hrithik Roshan Cedera Accident Di Kepala Semasa Penggambaran Filem Bang Bang

Bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan yang merupakan produser dan pengarah terkenal di Mumbai berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan terhadap keadaan Hrithik.

Kecederaan semasa eksiden ini dialami Hrithik ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, 'Bang Bang' di Phuket, Thailand. - Bollywood Masala.


VIDEO HRITHIK ROSHAN DI HOSPITAL MENJALANI PEMBEDAHAN OTAK

Mohd Rohaizad meminati Hrithik Roshan, terutamanya apabila dia menari, gaya lenggoknya ala penari profesional. Filem terbarunya Bang Bang telah mengakibatnya kemalangan apabila cedera di kepada semasa melakukan aksi untuk penggambaran di Pulau Phuket, Thailand. Kepada para peminat Hrithik Roshan Malaysia tentu merasa lega kerana artis Bollywood kesayangan mereka selamat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HRITHIK ROSHAN PARAH KEMALANGAN DI PHUKET THAILAND By Mohd Rohaizad. Published: 16.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...