CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

IBU ARJA LEE KRITIKAL KANSER MULUT


Terkini Ibu Kepada Artis Arja Lee Krtikal Akibat Kanser Mulut!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan bakal artis Akademi Fantasia Arja Lee berada di Hospital Selayang kerana ibunya tenat kritikal akibat kanser mulut. Arja Lee sudah lama terlibat dalam industri hiburan, bagi yang perasan, Arja Lee pernah kontroversi digemparkan dengan isu filem Dalam Botol arahan Raja Azmi yang terkini baru bertunang. Masih ingat lagikah anda mengenai isu pondan Arja Lee ala-ala mak nyah memotong anu ke dalam botol? 


Arja Lee Sedih Ibu Berada Di Hospital

Biarpun kedatangan Ramadan menerbitkan kesyukuran di hati (Gambar) Arja Lee,keseronokannya meraikan bulan mulia ini bagai direntap apabila pada puasa kedua, ibunya Salmah Aziz, 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana menghidap kanser mulut.

Pastinya Ramadan ini meninggalkan kenangan sedih kepada Arja serta adik-beradiknya yang lain apatah lagi doktor beritahu keadaan ibu begitu kritikal. Sudah 13 tahun ibunya menderita penyakit itu dan keadaannya semakin uzur. 

Kalau ditanya Arja kenangan bersahur, pasti sahur tahun ini paling menyayat hati kerana Arja bersahur di sisi ibunya di wad. 

Arja Lee Berada Di Wad Disisi Ibunya

“Setiap hari saya dan kakak menemani mak di hospital. Kami berbuka dan bersahur berhampiran dengan mak. Keadaan emak yang sangatlah uzur menyebabkan dia tidak boleh makan dan minum lagi. Saya hanya mampu titiskan air suam ke dalam mulutnya. Apabila kami berbuka, emak hanya mampu melihat saja.

“Begitu juga ketika bersahur, dari katil emak hanya mampu memandang kami. Menitis air mata saya melihatkan keadaan emak dan saya lihat emak masih berusaha untuk melawan penyakitnya itu. Kalau nak menangis saya akan memaling muka supaya emak tak tahu tetapi naluri seorang ibu cepat memahami perasaan anak-anak dan dia kata jangan menangis kerana dia akan sembuh.


Ibu Arja Lee Tenat Kerana Kanser Mulut

“Emak masih lagi sedar dan kenal orang tetapi dia memerlukan alat bantuan pernafasan kerana kurang oksigen dalam badan,” katanya. 

Waktu Salmah masih sihat, sahur dan berbuka mereka sekeluarga meriah dengan pelbagai juadah dan dia paling suka masak Ikan Sepat Sambal. Sekarang Arja terpaksa ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka. 

“Waktu usia saya sekitar lapan, sembilan tahun, saya memang malas bangun sahur. Emak pun menggunakan taktik goreng ikan bilis bersama kentang yang menjadi kegemaran saya dan meletakkannya di bibir saya. Terasa ikan bilis di bibir terus saya terkejut dan bangun. Ada masa saya rajin bangun sahur emak tak buat pula ikan bilis goreng itu,” katanya. 

Kenangan Pahit Arja Lee Semasa Di Universiti Sains Malaysia (USM)

Kenangan pahit lain ketika bersahur sudah tentu ketika dia melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang kerana terpaksa bersahur seorang. 

“Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidaklah jauh sangat sebagaimana mereka yang belajar di luar negara tetapi takkan saya nak balik setiap hari. Walau di mana pun kita berada, berenggang dengan keluarga pada bulan puasa, mesti rasa rindu,” katanya. - Hmetro.

Dikemaskini 1 Ogos 2013

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia

Ibu kepada pelakon Arja Lee, (Gambar) Salmah Aziz telah meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang, pada pukul 4 pagi ini akibat penyakit kanser lelangit yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu.

Jenazah allahyarhamah telah selesai dimandikan, dikafan di hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja, pemergian allahyarhamah cukup dirasai kerana ibunya itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni.

Takziah kami ucapkan kepada Arja sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. - MH Online.


VIDEO MUZIK LIVE ARJA LEE - BIARLAH BULAN BICARA

Mohd Rohaizad faham perasaan plakon / penyanyi Arja Lee, siapa yang tidak sedih apabila mendapati orang yang kita sayangi krtikal di hospital. Kanser mulut pada peringkat awal mungkin masih dapat dirawat, tetapi jika sudah lama dan kita tidak menyedari boleh mengakibatkan maut. Begitulah yang terjadi kepada ibu Arja Lee. Kami harap Arja Lee banyak-banyak bersabar dengan ujian dugaan yang menimpa keluarga Arja Lee. Takziah diucapkan kepada keluarga Arja Lee kerana ibunya baru meninggal dunia, kematian diakibatkan oleh kanser lelangit / mulut sejak 13 tahun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

IBU ARJA LEE KRITIKAL KANSER MULUT By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...