CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

IQRAM DINZLY FRUST MENONGGENG KERANA FOUZIAH GOUS!


Iqram Dinzly Kecewa Frust Menonggeng Selepas Fouziah Gous Bertunang!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com tidak terkejut dengan kenyataan Iqram Dinzly yang frust menonggeng kerana pertunangan Fouziah Gous. Umur dah 30-an, berapa lama lagi nak tunggu Iqram Dinzly? Fouziah Gous memang tidak mahu meneruskan perhubungan yang tidak serius, dengan kata lain, baik cari lelaki yang benar-benar hendak mengahwininya. Kesian Iqram Dinzly..


Iqram Dinzly Terkejut Fouziah Gous Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

Pelakon (Gambar) Iqram Dinzly mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati.

Iqram atau nama sebenarnya (Gambar) Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32 tahun, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung.

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya yang dihubungi di sini pada Selasa.


Fouziah Gous Bertunang Kerana Kecewa Dengan Iqram Dinzly?

Fouziah Gous atau nama sebenarnya (Gambar) Nor Fouziah Mohd Gous, 30 tahun, mengikat tali pertunangan dengan (Gambar) Md Zhafran Md Yusof, 30 tahun, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, dekat sini pada 1 Jun lalu.

Tambah Iqram Dinzly, sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah Gous tidak lagi berhubung.

Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.

"Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.

"Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujar Iqram Dinzly.


Iqram Dinzly Makan Hati Kerana Fouziah Gous

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah Gous sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

"Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.

"Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya. - Mstar.


VIDEO FOUZIAH GOUS NAFI BERKAHWIN VIP

Mohd Rohaizad dah agak memang Iqram Dinzly akan mengeluarkan kenyataan frust menonggengnya kerana Fouziah Gous dah bertunang. Malah tidak lama lagi bekas kekasihnya itu akan berkahwin. Siapa suruh Iqram Dinzly main lama sangat dengan si Fouziah Gous? Dah lama tunggu tapi tiada sebarang hubungan serius untuk berkahwin, memang patut pun kena tinggal. Penyelesaiannya, carilah yang lain Iqram, kalau betul-betul seriuslah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

IQRAM DINZLY FRUST MENONGGENG KERANA FOUZIAH GOUS! By Mohd Rohaizad. Published: 17.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...