CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISMA AF7 JADI PENGARAH - PENERBIT FILEM DRAMA


Terkini Isma AF7 Menjadi Pengarah dan Penerbit Filem Drama Malaysia!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan perkembangan terkini artis Isma AF7 ingin terus menjadi pengarah dan penerbit filem! Adakah Isma berbakat dalam dunia pengarahan filem? Bagaimana pula dengan drama? Sepatutnya Isma AF7 mempelajari dengan orang yang lebih berpengalaman dahulu sebelum benar-benar serius dalam dunia belakang tadbir perfileman ini. Mampukah Isma AF7 berjaya sebagai pengarah dan penerbit filem di Malaysia?


Ismaliza Tidak Gagal Sebagai Pengarah Filem

Artis penyanyi Akademi Fantasia, (Gambar) Isma (AF7) tidak serik untuk bergelar pengarah walaupun filem pertama arahannya iaitu Sofazr The Movie hanya mengutip RM150 ribu di pawagam selepas ditayangkan pada 27 September 2012.

Isma atau nama sebenarnya (Gambar) Ismaliza Ismail, 34 tahun, berkata, kegagalan filem itu untuk mendapat kutipan terbaik adalah kerana ia bersaing dengan filem Hantu Kapcai yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Remy Ishak dan Neelofa.

“Saya tak anggap saya gagal kerana ketika itu filem saya bersaing dengan filem komedi, Hantu Kapcai. Pada ketika itu genre komedi lebih mendapat sambutan berbanding filem genre lain.

“Walaupun begitu, apa yang penting filem arahan pertama saya itu tidak rugi. Selepas ia disiarkan di Astro First, kutipannya sudah balik modal. Ia turut membanggakan saya,” katanya.

Isma AF7 Kurang Pengalaman Dalam Dunia Pengarahan Filem

Isma berkata, walaupun ada pihak beranggapan kegagalan itu disebabkan pengalamannya yang kurang dalam dunia pengarahan tetapi pendapat tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk aktif sebagai pengarah filem pada masa depan.

Malah kata ibu kepada lima orang anak berusia antara 5 hingga 13 tahun ini, kritikan adalah sesuatu yang baik untuknya memperbaiki kelemahan dirinya.


“Saya terima segala kritikan tetapi ia bukan bererti saya akan berhenti untuk menjadi pengarah. Malah saya juga akan aktif dalam kerja-kerja penerbitan filem pada masa akan datang,” katanya.

Tambah dia lagi, sebab lain kegagalan Sofazr The Movie apabila filem itu dibikin dengan peruntukan yang rendah membuatkan banyak perkara yang ingin disampaikan dalam karya itu menjadi terbatas.

Syarikat Produksi Isma AF7 Keluar Filem

Dalam perkembangan lain menurut Isma, bersama syarikat produksi Nusanbakti Corporation, pihaknya bercadang untuk menghasilkan tiga buah filem lagi pada masa terdekat.

Malah karya terbaharu selepas Sofazr The Movie iaitu filem Hello juga telah siap dihasilkan dan sedang menanti untuk menemui penonton pada tahun ini.

“Menerusi filem Hello saya bertindak sebagai penerbit sementara A.R Badul menjadi pengarahnya. Saya juga menaruh keyakinan filem romantik komedi ini akan mendapat sambutan walaupun sudah dua tahun tertangguh,” katanya.

Hello membariskan pelakon seperti Fizo Omar, Dayana (Anak Wayang), Nas Adila AF7, Herman Tino serta peserta Raja Lawak antaranya Along Cham, Angah dan Taukey.

Dalam pada itu bercerita aktivitinya pada bulan Ramadan, Isma bersama Kumpulan Asli Seri Mawar dan Linda (Eva) mengadakan persembahan bagi menghiburkan orang ramai berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada setiap malam.

Dia juga turut teruja apabila single terbaharunya iaitu Pak Pong 2013 yang dihasilkan dengan kolaborasi Saifuil Apek dan Altimet itu semakin mendapat sambutan pendengar. - Mstar.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Profile Isma AF7 Di Blog, Twitter dan Youtube Channel Boleh Klik Link Bawah:

Blog Isma AF7

Twitter Isma AF7



VIDEO MUZIK LAGU KEHILANGANMU AMAT BERAT BAGIKU - ISMA AF7

+Mohd Rohaizad berharap Ismaliza atau Isma AF7 terus berusaha mencuba sebagai pengarah dan penerbit filem. Suatu hari nanti Isma AF7 pasti berjaya dalam bidang yang diminatinya. Isma juga masih suka bernyanyi, jika rajin anda boleh berkunjung ke laman channel youtubenya untuk mendengar lagu-lagu parodi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISMA AF7 JADI PENGARAH - PENERBIT FILEM DRAMA By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...