CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

IZREEN AZMINDA LAHIR ANAK LELAKI | TAHNIAH


Ya! Izreen Azminda Telah Selamat Lahir Anak Lelaki Melalui Pembedahan - Tahniah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat tahu bahawa artis Malaysia iaitu Izreen Azminda telah selamat melahirkan anak lelaki di hospital pagi tadi. Pembedahan terpaksa dilakukan kerana kelahiran secara normal tidak dapat dilakukan ke atas Izreen Azminda. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri Izreen Azminda dan suaminya Riza.




Foto Izreen Azminda Sarat Hamil Mengandung Anak Sulung

Jutaan tahniah diucapkan buat pelakon (Gambar) Izreen Azminda dan suaminya, (Gambar) Mohammad Riza Baharuddin yang telah selamat menerima kelahiran seorang bayi lelaki di Hospital Ampang Puteri kira-kira jam 1.18 pagi hari ini. Putera sulung mereka berdua ini dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.3 kilogram.


Izreen Azminda Selamat Lahirkan Anak Melalui Pembedahan Caesar

Izreen Azminda dan anaknya kini berada di dalam keadaan selamat walaupun si ibu agak kepenatan selepas proses pembedahan. Untuk makluman, Izreen Azminda dan Riza telah disatukan pada 30 Ogos 2012. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi rumah tangga mereka. Tahniah diucapkan sekali lagi. - BeautifulNara.


VIDEO IZREEN AZMINDA SAMBUT HARI RAYA BERSAMA RAKAN

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan mengucapkan tahniah buat Izreen Azminda dan suaminya Riza diatas kelahiran cahaya mata mereka yang sulung. Diharap dengan datangnya orang baru akan menjadikan keluarga mereka lebih diserikan dengan gelak tawa anak kesayangan selepas ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

IZREEN AZMINDA LAHIR ANAK LELAKI | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...