CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

JOHAN ASARI BERTUNANG DENGAN KEKASIH


Terkini Johan Asari Akan Bertunang Dengan Kekasih Pada Tahun Ini!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan yang artis Johan Asari akan bertunang pada tahun ini dengan kekasih pilihan hatinya! Siapakah kekasih Johan Asari ini? Ramai gadis yang dikaitkan dengan Johan Asari, tarikh majlis pertunangan belum diberitahu tetapi dijangka dalam pertengahan bulan September sebelum Johan Asari bertolak ke Dubai untuk penggambaran drama.


Johan As'ari Mahu Bertunang Secara Adat Resam

Meletakkan target untuk bertunang di usia 26 tahun, (Gambar) Johan As'ari bagaimanapun mengakui dia dan gadis pilihannya belum membuat kata putus perihal hubungan mereka, sebaliknya mereka saling memahami perasaan masing-masing.

“Saya masih lagi 'single' tetapi jodoh itu rahsia Allah. Saya juga bukan merupakan seorang kaki perempuan dan ingin fokus kepada kerjaya. Jika wanita itu adalah pilihan yang tepat, maka saya akan membuktikan rasa cinta saya melalui adat resam,” kata Johan Asari (Botak Juvana) ketika ditemui di majlis Anugerah Syawal anjuran TV3 di Hotel Istana, semalam.


Majlis Pertunangan Johan Asari Pada Tahun Ini

Johan yang bakal ke Dubai pada bulan Disember ini untuk penggambaran drama RTM, bercadang untuk mengikat tali pertunangan sebelum berangkat ke sana untuk tempoh dua bulan.

“Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum ke Dubai pada Disember ini, namun kami masih mengenali hati budi masing-masing. Seandainya ada jodoh maka hal tersebut akan menjadi kenyataan,” kata Johan Asari yang pernah dikaitkan dengan Fasha Sandha.

Menurut mohdrohaizad.com Johan Asari memilih untuk lebih berhati-hati membicarakan soal cinta, Johan menyifatkan pengalaman lalu telah banyak mematangkan dirinya. sasaran untuk bertunang di usia 26 tahun adalah sebagai peringatan untuk dirinya tetapi lebih menyerahkan segalanya pada takdir.


Nenek Johan As'ari Meninggal Dunia

Selain itu, Johan juga berkongsi cerita bahawa tahun ini buat pertama kalinya dia akan beraya di Kuala Lumpur setelah neneknya meninggal dunia kerana kanser payudara. Perubahan rutin untuk beraya setiap tahun di Bukit Mertajam membuatkan raya tahun ini sungguh berbeza.

“Setiap tahun jika balik kampung saya dan sanak saudara sering dihiburkan dengan bebelan nenek. Namun, tahun ini agak sunyi tanpa adanya leteran nenek. Tidak dinafikan seluruh ahli keluarga merasai kehilangan tersebut,” kata Johan Asari yang pernah bercinta dengan Izreen Azminda. - Portal Gua.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Biodata Profile Johan Asari Di Facebook / Twitter / Youtube:

Biodata Johan Asari

Facebook Johan Asari FC Fan Page

Twitter Johan Asari

Youtube Channel Johan Asari Fan Club


VIDEO JOHAN ASARI GORENG HANCUR MAIN GITAR

+Mohd Rohaizad dan para peminat mengucapkan tahniah buat +Johan Asari FC dan kekasihnya yang bersedia untuk bertunang pada tahun ini. Johan banyak teman wanita tetapi yang mana satu akan dia jadikan bakal tunang dan seterusnya sebagai isteri? Banyak senarai nama yang dikaitkan dengan Johan sampai ada yang kata Johan Asari playboy. Antara yang kuat dikaitkan ialah Nabila Huda, Jue Aziz, Izreen Azminda, Kaka Azraff, Fasha Sandha dan lain-lain.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

JOHAN ASARI BERTUNANG DENGAN KEKASIH By Mohd Rohaizad. Published: 25.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...