CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KAMAL ADLI & MIERA LEYANA DISINGKIR TV9? KENAPA?


Kamal Adli & Miera Leyana Disingkir tv9? 
Aidit Marcello & Hunny Madu Rampas Program Hip TV?

Kontroversi sensasi artis Malaysia terkini, blog hiburan mohdrohaizad.com mendapati Kamal Adli dan Miera Leyana telah disingkirkan TV9 dalam program hiburan iaitu HIP TV. Kamal Adli berasa tidak puas hati kerana penyingkirannya tidak dibincangkan terlebih dahulu. Adakah disebabkan persembahan Kamal Adli dan Miera Leyana kurang meningkatkan rating dalam TV9? Jika anda tengok sendiri rancangan program Hip TV tentu tahu kenapa.

Kamal Adli & Miera Leyana Tidak Sesuai Sebagai Pengacara?
Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut.
(Gambar Artis) Kamal Adli, 26 tahun, berkata, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.
"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.
"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya," jelasnya.
Kamal Adli Berharap Dapat Menjadi Pengacara Program Hiburan Lain
Dalam perkembangan sama, Kamal berkata, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu.
Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon (Gambar Artis) Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai pengacara.
"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut," jelasnya.
Tambah Kamal Adli, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.
"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.
Kamal Adli & Miera Leyana Disingkir Sebab Persembahan Tidak Memuaskan?
Sementara itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.
Jelas Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.
"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu," jelasnya.

Aidid Marcelo & Hunny Madu Pengacara Baru Hip TV
Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan personalitinya yang bersahaja dan lasak.
"Pada pandangan saya, Kamal Adli seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.
"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.
Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan (Gambar Artis) Aidid Marcello dan (Gambar Artis) Hunny Madu sebagai pengacara baru. - MStar






VIDEO KAMAL ADLI & MIERA LEYANA - HIP TV TV9

Mohd Rohaizad berharap Kamal Adli dan Miera Leyana menerima kenyataan yang mereka sebenarnya tidak serasi dan tidak sesuai mengendalikan program hiburan Hip TV. Oleh itu, pihak TV9 terpaksa menyingkirkan Kamal Adli dan Miera Leyana dari terus mengacara program yang kurang mendapat sambutan. Adakah Aidid Marcello dan Hunny Madu rampas program Hip TV? Adakah mereka bintang popular berbanding Kamal Adli dan Miera Leyana? Sudah tentu tidak, cubaan ini diambil untuk memberi peluang kepada mereka untuk mengacara demi menaikkan rating program hiburan TV9.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KAMAL ADLI & MIERA LEYANA DISINGKIR TV9? KENAPA? By Mohd Rohaizad. Published: 4.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...