CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KEKASIH JIHAN RAJA LAWAK, HARIZ FAIZAL BERCINTA


Terkini Jihan Raja Lawak dan Kekasihnya Hariz Faizal Hangat Bercinta!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com mendapat berita tentang percintaan Jihan Raja Lawak dan Hariz Faizal merupakan kekasih dan bakal berkahwin! Andai ada jodoh dan direstui oleh keluarga Jihan dan Hariz akan berkahwin dalam masa terdekat. Percintaan Jihan dan Hariz hangat diperkatakan setelah Jihan tidak kisah gambar dan cerita tentang hubungan mereka dikhabarkan kepada media. Nampaknya hubungan Jihan dan Hariz begitu serius kan?


Terkini Jihan Raja Lawak Bercinta

Tidak dinafikan Gelanggang Raja Lawak ke 3 membuka ruang yang lebih luas kepada (Foto) Nur Jihan Musa, 30 tahun, untuk lebih dikenali dalam bidang seni. Wajah Jihan dilihat menghiasi hampir setiap stesen televisyen tempatan untuk pelbagai program.

Sejak semakin laris ini gerak geri Jihan lebih mendapat perhatian berbanding dahulu dan ramai yang menyedari kehadiran seorang jejaka yang sering dilihat menemaninya ke acara-acara hiburan. Sama cantik sama padan, jejaka yang bernama (Foto) Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 28 tahun, merupakan salah seorang peserta program Pilih Kasih musim kedua.

“Dah berzaman kami ke hulur ke hilir bersama ke majlis namun hanya baru-baru ini sahaja seperti mendapat perhatian. Kami berkawan sudah lama sejak dibangku sekolah lagi, tapi mula rapat sejak lima tahun lepas kerana sama-sama bergiat dalam bidang teater. Kata Jihan yang sudah lama berhenti kerja tetap sebagai juruteknik di MBSA.


Perkahwinan Jihan Raja Lawak Dalam Perancangan

Namun tiada sebarang perancangan ke arah perkahwinan dibuat kerana hubungan kami hanya kawan dan dalam proses mengenali hati budi,” kata Jihan Raja Lawak / Jihan Muse ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan sambutan ulangtahun saluran Indo Pek di Yayasan Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sudah mengenali satu sama lain sebelum bergelar artis lagi, Jihan memilih untuk mengutamakan kerjaya terlebih dahulu kerana baginya dia mula menapak dalam industri seni agak lambat iaitu pada usia 26 tahun. Jihan selesa berkawan dengan Hariz kerana dia seorang yang baik serta saling menyokong kerjaya masing-masing. Blog mohdrohaizad.com lihat pasangan Jihan dan Hariz memang sepadan seperti pinang dibelah dua.

Hariz Suka Sifat Jihan Muse

Manakala bagi Hariz, dia menyenangi sifat berdikari yang ada pada Jihan. Hariz menegaskan seandainya ada jodoh, sebarang keputusan perlu dibincang bersama keluarga terlebih dahulu kerana dia tidak mahu membelakangi keluarga. - Portal Gua.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Biodata Profile Jihan Raja Lawak Di Facebook / Twitter / Instagram





VIDEO JIHAN RAJA LAWAK - RATU PARODI DALAM MELETOP!

+Mohd Rohaizad berharap +jihan muse dan Hariz Faizal bertemu jodoh dan direstui oleh keluarga masing-masing. Percintaan Jihan Raja Lawak dan Hariz menjadi perbualan hangat dikalangan peminatnya. Bila agaknya Jihan dan Hariz akan berkahwin? Ramalan gosip menggatakan Jihan dan Hariz akan berkahwin tahun depan! Apa-apapun kami selaku peminat berdoa semoga pasangan kekasih ini ada jodoh dan bernikah suatu hari ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KEKASIH JIHAN RAJA LAWAK, HARIZ FAIZAL BERCINTA By Mohd Rohaizad. Published: 28.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...