CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KIM JIN SUNG (JS) | AUTUMN DI HATIKU | DRAMA MALAYSIA


Artis Korea Kim Jin Sung (JS) Berlakon Autumn Di Hatiku | Drama Malaysia

mohdrohaizad.com - Berita baik untuk para peminat drama Melayu lakonan artis Korea iaitu drama "Autumn Di Hatiku" bakal bermula pada 3 Julai 2013 di Tonton secara online. Mungkin ramai yang teruja, bagaimana agaknya drama campuran Korea dan Malaysia? Adakah menarik seperti drama Korea yang anda lihat dan tangisi? Hehehe.. Baiklah, dibawah merupakan serba sedikit tentang Kim Jin Sung atau JS yang sukakan budaya Malaysia. Betul ke suka? Anda bacalah dibawah..

Kim Jin Sung Berlakon Autumn Di Hatiku Drama Malaysia

Artis Korea Dalam Drama Malaysia "Autumn Di Hatiku"

Drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ yang bakal disiarkan di portal video nombor satu Malaysia, Tonton ini merupakan drama bersiri pertama yang diterbitkan dan disiarkan secara ‘online’ oleh Tonton. Drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ dibintangi oleh Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan seorang aktor kacak yang berasal dari Korea, Kim Jin Sung atau lebih mesra dengan sapaan JS.

JS yang berasal dari Busan dan dibesarkan di Seoul ini telah 4 tahun menceburkan diri sebagai model komersil dan pelakon di negara kelahirannya dan semenjak dua bulan yang lalu, JS telah datang ke Malaysia untuk mendalami Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, dia telah terlibat untuk membintangi drama bersiri ini.

“Saya sudah empat tahun terlibat dalam bidang hiburan di sana sebagai model iklan dan pelakon. Tetapi, penglibatan saya lebih kepada dunia peragaan di sana. Sudah dua bulan saya di sini, tujuan saya di sini adalah untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris di samping mencari peluang lakonan dan peragaan. Sebelum ini di Korea, saya telah lebih dulu mendalami Bahasa Malaysia selama setahun di Hankook University of Foreign Studies,” tutur JS yang boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Artis Korea Belajar Pengajian Bahasa Malaysia Di Universiti

Mengulas tentang minatnya untuk mendalami Bahasa Malaysia, JS menjelaskan yang Bahasa Malaysia adalah bahasa yang sangat unik. “Di Korea, ada tiga universiti sahaja yang menawarkan pengajian Bahasa Malaysia. Saya rasakan Bahasa Malaysia sangat unik dan istimewa untuk dipelajari kerana negara Malaysia makin lama makin berkembang,” ulas anak muda yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter ini.

“Ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya suka dengan budaya yang ada di sini. Sebelum ini saya selalu menonton animasi dan drama Malaysia. Saya banyak belajar mengenai rakyat Malaysia daripada animasi dan drama yang saya tonton. Saya rasakan Malaysia sangat menarik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, suku kaum dan juga agama. Saya juga gemar menonton animasi ‘Upin dan Ipin’ dan sebelum ini saya juga pernah menonton lakonan aktor Josiah Hogan ketika saya disana,” ujar JS yang menggemari makanan Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

js Berlakon Autumn Di Hatiku Drama Malaysia

Kim Jin Sung Pandai Bertutur Bahasa Malaysia

Ketika ditanya bagaimanakah dia boleh terlibat dalam produksi drama ‘Autumn Di Hatiku’, JS mendedahkan yang kawannya telah mencadangkannya untuk berlakon dalam drama ini. “Ketika saya mula sampai di sini, salah seorang kawan saya telah mencadangkan saya untuk projek drama bersiri ini kerana saya boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. 

Kawan saya yang memperkenalkan saya kepada Pengurus Projek bagi drama ini. Saya terima tawaran ini kerana saya ingin mendapat pengalaman berlakon di Malaysia dan ingin mempelajari Bahasa Malaysia dengan lebih mendalam lagi,” cerita JS mengakhiri perbualan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lakonan JS disamping Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Anas Ridzuan dan Ezzaty Abdullah dalam drama ‘online’ pertama Tonton, ‘Autumn Di Hatiku’ yang akan disiarkan di laman web Tonton (www.tonton.com.my) bermula 3 Julai 2013 ini! - Portal Gua



VIDEO KIM JIN SUNG KACAK LAGI CUTE DALAM DRAMA AUTUMN DI HATIKU

Mohd Rohaizad - Penulis tengok video Kim Jin Sung (JS) memang seorang yang kacak dan cute. Memang sesuai berlakon dalam drama "Autumn Di Hatiku". Penilaian awal memang agak gempak jugak la.. Tapi belum tengok belum tahu lagi kan? Nantikan komen-komen atau pengkritik tentang drama itu nanti.. Best ke tak.. Sama-sama nantikan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KIM JIN SUNG (JS) | AUTUMN DI HATIKU | DRAMA MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 1.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...