CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KISAH ABANG JEM – SALIH YAACOB | ORANG BERBEZA RUPANYA


Tahukah Anda: Kisah Abang Jem – Salih Yaacob | Orang Berbeza Rupanya
Blog hiburan mohdrohaizad.com sebetulnya tidak tahu siapa sebenarnya Abang Jem yang sering digunakan oleh artis pelawak popular Malaysia, Salih Yaacob. Rupa-rupanya, tahukah anda watak Abang Jem memang wujud iaitu seorang pelawak veteran bernama Jamaludin Mat. Penulis ingat watak Abang Jem itu ciptaan Salih Yaacob. Adakah betul apa yang dilaporkan?
Gambar Abang Jem Sebenar Iaitu Jamaludin Mat
Pelawak veteran Jamaludin Mat atau lebih dikenali sebagai Abang Jem tidak terkilan apabila namanya digunakan oleh pelawak terkenal Salih Yaacob sebagai satu watak lelaki lembut dalam segmen pagi di Sinar FM.
Malah Jamaludin, 52 tahun, berkata, dia berterima kasih dengan pelawak tersebut kerana membuka semula sumber rezekinya dalam industri hiburan setelah lama menyepi.
"Saya tidak pernah rasa terkilan atau berkecil hati dengan (Gambar Artis) Salih Yaacob kerana menggunakan nama saya sebagai watak dalam segmennya di Sinar FM.
"Saya tidak pernah rasa seperti ia mempermainkan nama itu tetapi sebaliknya dia membuka sumber rezeki saya. Disebabkan itu juga saya dipanggil untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan wang ihsan artis veteran di Restoran Warisan Pak Engku, Dataran Merdeka di sini, Rabu lalu.
Gambar Salih Yaakob atau Abang Jem
Pelawak yang terkenal sekitar 80-an ini berkata, selepas bersara dari Badan Kesenian Tentera Darat dengan pangkat Pegawai Waran II beberapa tahun lalu, dia mula aktif kembali dalam pelbagai acara hiburan.
"Selepas bersara saya ada menjadi guru tarian untuk beberapa kerabat diraja dan selain itu juga saya ada undangan persembahan pentas.
"Alhamdulillah rezeki masih ada dan tidak pernah putus, cuma saya tidak keluar di televisyen dan media-media lain," katanya.
Kisah Nama Abang Jem - Sarapan Roti Campur Jem
Bercerita tentang nama Abang Jem, Jamaludin berkata, gelaran itu diberikan kepadanya oleh rakan-rakan kerana dia suka memesan roti bersama jem setiap kali bersarapan pagi.
"Semasa dalam tentera dulu sekitar tahun 1973, kawan-kawan saya yang beri nama ini kerana mereka kata saya suka makan jem bila bersarapan. Tidak sangka pula ia kekal sehingga hari ini," ujarnya.
Jamaludin sebelum ini juga pernah terlibat dalam rancangan kanak-kanak untuk siaran RTM iaitu ALONG, D dan Do serta Joe Jambul. - MStar Online






VIDEO ABANG JEM SENAMAN PAGI - SALIH YAACOB

Mohd Rohaizad baru mendapati yang watak Abang Jem yang sering dimainkan oleh Salih Yaacob sebenarnya merujuk kepada watak pelawak vateran Malaysia iaitu Jamaludin Mat. Tentu anda sering mendengar di radio atau rancangan Salih Yaacob tentang watak popular Abang Jem kan? Cuma penulis tidak dapat kepastian sama ada Salih Yaacob mengakui laporan berita hiburan ini betul atau tidak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KISAH ABANG JEM – SALIH YAACOB | ORANG BERBEZA RUPANYA By Mohd Rohaizad. Published: 5.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...