CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KONTROVERSI ERIN MALEK BERAKSI LUCAH?


Gambar Kontroversi Erin Malek Beraksi Lucah Di Instagram?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan tentang artis kontroversi Erin Malek yang kononnya beraksi lucah! Aksi yang lucah bagaimana ya? Dikatakan gambar foto yang diupload dalam instagram Erin Malek ditujukan khas buat kekasihnya, dikatakan Erin Malek tidak memakai bra dan berbogel, begitulah komen-komen di instagramnya. Aksi tersebut ala-ala mengajak ke arah melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Anda fikirlah sendiri..


Gosip Hangat: Erin Malek Dikatakan Beraksi Lucah Di Instagram

Nama pelakon (Gambar) Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin Malek menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin Malek Tujukan Gambar Tersebut Untuk Semua

Erin Malek ketika dihubungi berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin Malek yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.


Erin Malek Nafikan Berbogel Tidak Pakai Bra

Erin atau nama sebenarnya (Gambar) Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin Malek menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Kontroversi Erin Malek Pakai Tatu, Tindik Lidah

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama. - Sinarharian.


VIDEO KEEK ERIN MALEK BUAT PARA PEMINATNYA

Mohd Rohaizad dan para peminat berharap Erin Malek lebih berhati-hati pada masa hadapan. Mungkin bagi Erin Malek tiada masalah tentang gambar tersebut, tetapi bagi segelintir lelaki yang terlampau memang menganggap gambar tersebut ala-ala aksi lucah. Malah ada yang anggap foto aksi Erin Malek tersebut untuk kekasihnya iaitu Walid Wahid. Selepas ini kontroversi apa pula yang timbul mengenai Erin Malek?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KONTROVERSI ERIN MALEK BERAKSI LUCAH? By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...