CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM MALAYSIA 2013


Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardu Kifayah

Blog Mohdrohaizad.com kali ini membawa anda menyelami bisnes atau perniagaan sebagai Fardu Kifayah melalui Konvensyen Usahawan Muslim. Telah menjadi Fardhu kifayah bagi sesorang muslim itu dengan kemampuannya menjalankan atau mengadakan sesuatu perkhidmatan dan barangan untuk kegunaan muslim yang lain. Dengan wujudnya usahawan tersebut maka terangkatlah muslim yang lain dari menanggung tuntutan tersebut. Saya nak fokus kepada makanan halal dalam konteks di dalam negara Islam.

Kita sedia maklum hendak berniaga ini memerlukan modal, kebanyakan benda atas bumi Allah S.W.T. ini perlu memakai duit/wang atau yang setara dengannya. Sebab itu kebanyakan usahawan muslim ini kurang sangat. Tetapi mengapa kepada makanan halal ini kurang sangat orang muslim yang nak cuba buat? Bila sudah ada yang buat tidak ramai pula yang hendak membantu atau memberi sokongan. Malah ada yang hasad dengki dan cuba hendak menjatuhkan perniagaan saudara seagama.

Berapa ramai peniaga dan pengguna muslim kita yang berada di luar sana betul-betul hendak mencari/menggunakan produk buatan muslim? Masalah dengan produk muslim ni ialah di mana hendak di pasarkan? Kita tengok dimana-mana kedai makanan nasi kandar, francais makanan segera dan makanan ala tomyam ini bersepah merata-rata serta juga kedai-kedai runcit di taman-taman. Rata-rata mereka ini dipunyai oleh sahabat muslim kita dari negara jiran. Amat payah kalau kita nak memasarkan produk produk buatan muslim secara langsung kepada mereka walaupun mereka memang pakai produk tersebut. Hendak kata harga mahal sangat, tidak juga. Jadi apa masalahnya? Adakah takut rugi? Pelbagai persoalan timbul di fikiran kita, apa solusinya? Sebab itu pentingnya kita menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim yang dibuat khas untuk para muslim terutamanya yang hendak menjadi usahawan mahupun sudah menjadi usahawan untuk menguatkan lagi jaringan sesama Islam!


Pendaftaran Peserta:

Mempunyai empat kategori pendaftaran sebagai peserta Konvensyen Usahawan Muslim iaitu:
  • 1 orang = RM150
  • 2 orang = RM250
  • 3 orang = RM300
  • 10+1 orang = RM1000 (10 orang, percuma 1)

Yang menariknya tentulah pakej yang terakhir tetapi hendak mengumpul 10 orang dalam satu-satu masa memerlukan banyak komitmen seperti mengumpul duit, pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Jika anda mempunyai jaringan / network yang kuat, pilihlah pakej yang terakhir kerana lebih untung dan jimat.

Speaker Konvensyen Usahawan Muslim



Tentatif Program Pada 7hb September 2013


Lokasi Konvensyen Usahawan Muslim

Konvensyen Usahawan Muslim akan diadakan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di :

Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ‎


Ikuti Perkembangan Tentang Konvensyen Usahawan Muslim

Ikuti perkembangan “Konvensyen Usahawan Muslim” di jaringan sosial. Gunakan hashtag #kum2013 di facebook, twitter dan instagram untuk membolehkan post anda mengenai konvensyen ini dipaparkan disini.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh klik link: www.konvensyenusahawanmuslim.com


VIDEO USAHAWAN MUSLIM: PERKASA PERNIAGAAN MELAYU ISLAM

Mohd Rohaizad berharap para usahawan Melayu atau yang berminat terutamanya yang beragama Islam mengambil peluang ini untuk bersama-sama membina jaringan dalam perniagaan yang berunsurkan Islam dan halal sebagai satu Fardu Kifayah yang akan memberi kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja Konvensyen Usahawan Muslim 2013.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM MALAYSIA 2013 By Mohd Rohaizad. Published: 14.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...