CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LUAHAN HATI YUNA – SAYA KESUNYIAN


Luahan Hati Yuna – Saya Kesunyian di Los Angeles, Amerika Syarikat

mohdrohaizad.com - Lama kita tidak dengar kisah artis sensasi Yuna, terkini Yuna kesunyian di Los Angelas, Amerika Syarikat. Begitulah pergorbanan Yuna kepada para peminatnya demi industri hiburan Malaysia untuk ke peringkat antarabangsa. Dibawah merupakan petikan luahan hati Yuna kepada para peminatnya di MyMetro.

Oleh Yuna:

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sebelum saya memulakan coretan, saya ingin mohon maaf kepada peminat dan pembaca setia Harian Metro yang mengikuti perkembangan saya di sini sekiranya kebelakangan ini artikel saya agak singkat.

Sebenarnya, saya terlalu sibuk hingga tidak sempat mencari ruang untuk menulis. Namun, atas dasar tanggungjawab saya berusaha mencuri waktu dan gagahkan juga agar ruangan saya ini sentiasa terisi.



Minggu ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menjalani rakaman album kedua saya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Proses rakaman album bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi saya, perlu ada satu tahap dedikasi dan disiplin untuk menghasilkan sebuah album yang bagus.

Bagi saya, sebuah album yang bagus perlu ada tema dan jalan cerita. Kadang-kadang susah untuk saya tetapkan sesebuah tema kerana saya banyak menggunakan khidmat produser berbeza dan mereka mempunyai idea yang berbeza.

Alhamdulillah, saya berjaya menulis dan mengumpul 25 buah lagu dan selepas ini kami harus pilih 12 lagu untuk dimuatkan dalam album ini.

Minggu ini adalah minggu terakhir saya untuk ‘submit’ semua lagu-lagu yang sudah ditulis, kemudian rakamkan bersama produser, dan kini, tanggungjawab produser pula untuk ‘mixing’ dan habiskan ‘instrumentation’ yang diperlukan.

Perasaan menyiapkan segala proses rakaman dari mula sampai tamat, sama seperti ketika saya perlu menyiapkan tesis di universiti dulu. Semuanya perlu sempurna sebelum dihantar untuk pastikan pensyarah memberi markah yang bagus.

Saya mengaku agak tertekan untuk menyiapkan album kedua ini. Berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya sunyi dan sedih. Selain itu, ada pula yang mengkritik perjuangan muzik saya ke luar negara.

Ada saja yang tidak kena, tetapi saya biarkan saja. Kadang kadang saya rasa mahu ‘give up’ dan pulang ke Malaysia. Tetapi saya tidak mahu berhenti kerana ia merugikan saya. Jadi, perasaan sedih itu saya jadikan ia sebagai kekuatan.

Apabila perasaan itu datang, saya akan mula menulis puisi. Ia kerap berlaku sebenarnya sejak saya bersekolah lagi. Apabila tidak boleh tidur, saya akan tulis diari, buku ataupun puisi.

Ada artis yang tidak sukakan sesi menulis lagu. Mereka mahu ‘skip’ bahagian itu dan hanya mahukan sesebuah lagu itu sudah tersedia segala-galanya dan mereka perlu nyanyikannya saja.

Saya tidak suka begitu. Jadi, saya akan hadir ke setiap sesi biarpun jauh dari downtown ke Topanga Canyon (perjalanan yang memakan masa sejam). Ini kerana saya mahu terbabit sama dalam pembikinan lagu-lagu saya.

Lirik harus ada ‘jiwa’ saya. Melodi juga harus ada ‘nyanyian’ saya. Bila orang lain yang menentukan melodi dan lirik, album itu tidak akan jadi sesuatu yang personal lagi.

‘It wont be special’. Bila produser tanya saya “Do you have lyrics to the song?” Saya akan jawab “Yes, I wrote this last night because I couldn’t sleep”.

Alhamdulillah, semalam saya sudah hantar lagu terakhir saya kepada syarikat rakaman Verve Records. Dengan harapan mereka akan suka dengan kerja saya.

Berkarya dan menghasilkan lagu sendiri adalah sebuah terapi bagi saya. Bila saya dapat menyelesaikan kerja saya tepat pada waktunya dan saya dapat melakukan yang terbaik, saya akan rasa puas hati.

Album kedua ini, adalah sebuah projek yang sangat sangat menggembirakan saya. Insya Allah, ia juga akan menggembirakan semua peminat saya, tidak kira mereka dari mana.

Saya masih lagi memikirkan nama bagi album saya. Mungkin ‘Nocturnal’ kerana saya sering tulis lagu ketika tidak boleh tidur? Haha! Insya Allah. Kita tunggu saja dan lihat!

Terima kasih dan Assalamualaikum.





VIDEO YUNA - THINKIN BOUT YOU (LIVE AT THE GREAT AMERICAN MUSIC HALL)

Mohd Rohaizad tahu Yuna memang kesunyian di sana, demi album terbaru Yuna berkorban ke Los Angelas. Diharap pengorbanan Yuna ini berbaloi untuk kepuasan Yuna, para peminat dan industri hiburan Malaysia. Walaupun sudah putus cinta dengan Qi Razali, Yuna bila-bila masa boleh mencari bakal suami yang terbaik dan sesuai dengan jiwa. All the best Yuna!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LUAHAN HATI YUNA – SAYA KESUNYIAN By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...