CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MAJLIS PERKAHWINAN AMIR JAHARI & AMNI | TAHNIAH


Majlis Perkahwinan Amir Jahari & Amni Dirancang Oktober 2013

Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah awal-awal kepada Amir Jahari dan Cik Amni yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Oktober 2013 nanti. Amir Jahari dan Amni sudah bertunang 3 tahun jika anda hendak tahu, pada umur 18 tahun ya. Walaupun usia Amir Jahari masih muda iaitu 21 tahun tetapi kalau dah jodoh tidak kiralah berapa usia pun kan. Semoga bakal pasangan pengantin Amir Jahari dan Cik Amni dapat menempuh alam perkahwinan dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Dibawah merupakan petikan sumber dari mediahiburan.karangkraf.com.




Amir Jahari Berkahwin Dengan Amni, Oktober Ini

Pelantun lagu 'Tanpamu', Amir Jahari telah memilih bulan Oktober bagi menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya, Cik Amni yang juga tunangannya selama tiga tahun. 

Perkahwinan kami akan diadakan secara tertutup di Sarawak dan hanya dihadiri oleh sahabat, saudara serta keluarga terdekat sahaja. 

Amir Jahari Bersedia Berkahwin Walaupun Usia 21 Tahun

"Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga walaupun baru berusia 21 tahun. Saya berasa begitu bertuah kerana mempunyai tunang yang berfikiran terbuka dan matang memandangkan usianya yang 5 tahun lebih tua dari saya,” kata Amir

Menyentuh mengenai karier seninya, Amir kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul 'Gelisah'. Selain itu, Amir juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama sempena Ramadan untuk TV3 yang berjudul, OMG (Ohsem Music Gruop). 






VIDEO TANPAMU - AMIR JAHARI

Mohd Rohaizad - Tahniah sekali lagi kepada bakal pengantin baru, Amir Jahari dan Amni. Tentu mereka sedang sibuk untuk merancang untuk membuat majlis pernikahan yang terbaik untuk kenangan mereka bersama sebagai raja sehari. All the best Amir Jahari. Anda berminat untuk mengikuti perkembangan Amir Jahari? Boleh klik link blognya iaitu: amirjahari.blogspot.com

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAJLIS PERKAHWINAN AMIR JAHARI & AMNI | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...