CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MAJLIS PERKAHWINAN ZAIN SAIDIN - ROZITA CHE WAN (CONTEST)


Anda Ingin Menghadiri Majlis Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan? Sertai Contest & Beli Biskut Zain Saidin Terbanyak!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com diberitakan kekasih Rozita Che Wan, Zain Saidin membuat contest / pertandingan kepada para peminatnya untuk menjadi pemenang dan hadir secara ekslusif di majlis perkahwinannya! Wah! Kepada yang berminat untuk menjadi pemenang dan seterusnya layak ke majlis perkahwinan / majlis persandingan / majlis resepsi artis terkenal Zain Saidin dan Rozita Che Wan bolehlah membeli biskutnya banyak-banyak! 


Pemenang Layak Hadir Majlis Persandingan Zain Saidin - Rozita Che Wan

Peminat pelakon Zain Saidin dan (Foto) Rozita Che Wan berpeluang menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember depan dengan syarat menjadi peserta paling banyak membeli biskut raya yang dijual aktor itu.

Zain atau nama sebenarnya (Gambar) Mohamad Zain Mohd Saidin, 29 tahun, berkata, dia membuka peluang itu kepada lima peminat bertuah yang mana mereka turut diberi ruang untuk menyertai majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakannya kelak.

“Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti,” katanya kepada wartawan di sini pada Khamis.


Biskut Shirin Homemade Cookies

Menurut Zain, sempena Ramadan ini dia menjual kira-kira 22 jenis biskut ‘Shirin Homemade Cookies’ yang dibuat sendiri oleh seorang ahli keluarganya di Kampung Pandan, dekat sini.

Blog mohdrohaizad.com dimaklumkan, antara biskut dijualnya ialah tart nanas, mazola, London almond, biskut makmur dan juga suji yang berharga dari RM25 hingga RM28 sebalang.

“Saya sudah lama menjalankan perniagaan ini yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kalau dahulu setiap kali Ramadan, saya menjualnya di Jalan Masjid India tetapi kali ini saya agak sibuk, saya jual secara dalam talian pula,” kata Zain Saidin yang pernah cemburu Rozita Che Wan rapat bersama Shahir AF8.


Pemenang Biskut Dapat Hadir Majlis Rumah Terbuka & Resepsi Perkahwinan Zain Saidin

Zain memberitahu biskut Hari Raya yang dijualnya itu dijamin sedap dan rangup kerana dibikin oleh orang berpengalaman selain banyak menggunakan mentega.

Dalam masa yang sama kata Zain dan Rozita Che Wan akan berhari raya di Alor Setar, ia juga satu ganjaran kepada para peminatnya apabila mereka yang membeli biskut akan memperoleh peluang tambahan dengan menyertai majlis rumah terbuka dan resepsi perkahwinannya nanti.


Hubungi Biskut Zain Saidin - Shirin Homemade Cookies

Peluang tersebut katanya dibuka termasuklah kepada mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur kerana ia akan turut dihantar secara pos.

Peminat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah menempahnya dengan menghubungi talian 012-6344434 (Noel). - Mstar.


VIDEO ZAIN SAIDIN MEMUJI BAKAL ISTERINYA ROZITA CHE WAN PANDAI MASAK

+Mohd Rohaizad ucapkan tahniah buat pasangan Zain Saidin dan +rozita che wan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka hujung tahun ini. Wah, nampaknya Zain Saidin sudah bersedia dan membuat persiapan untuk majlis pernikahannya bersama artis jelitawan Rozita Che Wan. Lebih menarik lagi, Zain Saidin membuat contest / pertandingan untuk peserta yang membeli terbanyak biskutnya! Sudah tentu pemenangnya penulis sudah tahu, siapa lagi kalau bukan tauke-tauke biskutlah yang akan borong biskut Zain Saidin nanti! Sah-sah penulis dan pembaca yang beli ciput sahaja tidak layak. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAJLIS PERKAHWINAN ZAIN SAIDIN - ROZITA CHE WAN (CONTEST) By Mohd Rohaizad. Published: 26.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...