CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MAJLIS PERNIKAHAN RAS ADIBA - ILIAS YAAKOP


Terkini Majlis Pernikahan Ras Adiba Tadzi dan Ilias Yaakop!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop yang akan melangsungkan majlis pernikahan esok! Lama kita tidak dengar selebriti TV ini kan? Dulu gempar Ras Adiba kemalangan / accident sehingga melumpuhkan separuh badannya dan terpaksa memakai wheelchair. Tetapi berkat kesungguhan dan ketabahan untuk teruskan kehidupan dengan berjuang cara tersendiri, itulah Ras Adiba Radzi. Terbaru Ras Adiba sudah bertudung, cantik kan?

Gambar Majlis Pernikahan Akad Nikah Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop





Gambar Ras Adiba Radzi Cantik Pakai Tudung / Bertudung Hijab


Ras Adiba Bernikah Kali Kedua

Tahniah diucapkan kepada penyampai berita terkenal, (Gambar) Ras Adiba Radzi yang akan melangsungkan majlis pernikahan bersama lelaki pilihannya, Ilias Yaakop, esok. 


Ras Adiba Radzi Bertudung

Mohdrohaizad.com difahamkan, majlis pernikahan ini akan diadakan sejurus selepas solat Asar. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Ras Adiba. Kata Ras Adiba yang pernah kena saman RM3.2 juta!




Ras Adiba yang kini bergerak dengan menggunakan kerusi roda dan termasuk orang kurang upaya (OKU) turut memiliki seorang anak angkat, Umar Ras Engel Abdullah. - MH Online.

Dikemaskini 27/7/2013: Terkini Ras Adiba Sah Menjadi Isteri Ilias Yaakop

Personaliti televisyen popular, (Foto) Ras Adiba Mohd. Radzi, 45 tahun, hari ini telah selamat menjadi isteri kepada (Gambar) Ilias Yaakop, 45 tahun, dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan tersebut disatukan pada pukul 6.10 petang berwalikan bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73 tahun.

Ras Adiba menerima mas kahwin sebanyak RM99 dan wang hantaran RM10,000.

Pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. - Kosmo!

Kisah Percintaan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop

Personaliti televisyen yang tidak asing dalam dunia penyiaran tempatan, Ras Adiba Mohd. Radzi yang kini berusia 45 tahun akhirnya menamatkan zaman jandanya setelah bertemu dengan bekas rakan sekolah sewaktu menuntut di St. John's Institution.

Jelasnya, setelah lebih 14 tahun kembali solo, dia tidak pernah menyangka dirinya akan kembali menemui cinta, apatah lagi seterusnya melangsungkan perkahwinan dalam bulan Ramadan yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran dirinya.

"Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan kembali bergelar isteri, apatah lagi dengan situasi saya sekarang tetapi ternyata, jodoh dan pertemuan itu berada di tangan Tuhan dan hari ini, saya sudah berkahwin.

"Pastinya saya sangat bersyukur kerana majlis perkahwinan ini dijalankan serentak dengan sambutan tarikh lahir saya selain sewaktu umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan yang mulia," katanya yang ditemui sejurus selesai majlis tersebut di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tanggal 27 Julai lalu, tepat pada pukul 6.10 petang, personaliti televisyen itu melangsungkan pernikahan dengan individu seusia dengannya, iaitu Ilias Yaakop yang merupakan seorang instruktor penyelam dan juga penasihat kewangan.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri apabila ayah kepada Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, sendiri menikahkan anak perempuan sulungnya itu.

Dalam majlis tersebut, pihak lelaki memberi RM99 sebagai mas kahwin dan wang hantaran pula berjumlah RM10,000 selain turut memberi sejumlah lima dulang hantaran.

Pihak perempuan membalas dengan memberikan tujuh dulang hantaran yang antaranya merupakan senaskhah al-Quran, sepasang telekung, sebentuk cincin, jam tangan, minyak wangi, manisan, kasut dan juga sirih junjung.

Ras Adiba sebelum ini pernah mencipta nama sebagai salah seorang penyampai televisyen popular sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Kerana kemalangan tersebut juga, wanita yang mesra dengan panggilan Dib itu mengalami nasib yang lebih malang apabila pada pertengahan tahun 2002 yang lalu, dia menjadi lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki.

Tambah wanita ini lagi, setelah 14 tahun menyambut kedatangan Aidilfitri sebagai wanita solo, kini sambutan pada tahun ini pasti terasa lebih meriah dengan kehadiran suami di sisi, di samping anak tercinta, Umar Ras Engel Abdullah, 6.

"Saya gembira dengan kehidupan yang telah dilalui sebelum ini, tetapi pastinya dengan pernikahan ini suasana dan sambutan Syawal akan menjadi lebih meriah.

"Percaya atau tidak, perasaan saya kini tidak ubah seperti seorang gadis muda yang baru melangsungkan perkahwinan buat pertama kali," katanya yang bercadang untuk bercuti dengan suami dan anak mereka awal tahun hadapan.

Majlis pernikahan yang berlangsung sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang dan turut disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta rakan selebriti antaranya Abu Bakar Atan dan Zakiah Anas.

Ilias Yaakop Terpikat dengan sifat dimiliki Ras Adiba

Sungguhpun kedua-dua individu ini pernah bersekolah bersama, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah bertemu pada waktu itu sebaliknya mereka berdua berkenalan pada majlis pertemuan semula yang diadakan pada bulan April lalu.

Jelas Ilias, mereka sendiri tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini melainkan bertemu pada bulan empat lalu dan bermula daripada situ, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat.

"Pada mulanya kami berhubung hanya sebagai teman, tetapi setelah mengenali hati budinya dan melihat pada ketabahannya menjalani kehidupan seharian, hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

"Saya tertarik dengan sifatnya yang amat merendah diri walaupun dengan status dimiliki sebagai seorang selebriti, dia juga seorang wanita yang kelakar," katanya yang merupakan seorang duda anak satu.

Selain daripada tertarik dengan perwatakan dimiliki Ras Adiba, Ilias juga mengakui mereka mempunyai minat bersukan yang sama antaranya sukan menyelam.

"Perkara-perkara tersebut merupakan antara sebab mengapa saya tertarik dengannya dan saya bersyukur, majlis hari ini dapat berlangsung dengan lancar," katanya.

Pasangan tersebut juga tidak menolak sekiranya perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata tetapi tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana masing-masing selesa dengan kehidupan yang dijalani kini. - Utusan.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Biodata Profile Ras Adiba Radzi:



VIDEO MUZIK LIVE RAS ADIBA RADZI - ANGIN MALAM

+Mohd Rohaizad mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti +Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Kami para peminat mendoakan semoga Ras Adiba dan Ilias bahagia sehingga ke akhir hayat. Ras Adiba merupakan seorang wanita yang cekal dan tabah dalam kehidupan walaupun pernah kemalangan / accident sehingga melumpukan separuh badannya tetapi itu tidak bermakna hidupnya sudah berakhir. Terus berjuang Ras Adiba Radzi!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAJLIS PERNIKAHAN RAS ADIBA - ILIAS YAAKOP By Mohd Rohaizad. Published: 26.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...