CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MAJLIS PERTUNANGAN RAJA AZMI - EDDIE | TAHNIAH


Majlis Pertunangan Raja Azmi - Eddie | Tahniah!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat pasangan Raja Azmi dan Eddie yang selamat melangsungkan majlis pertunangan. Berita mengembirakan, tarikh majlis perkahwinan Raja Azmi dan Eddie telah ditetapkan pada 15 September 2013! Cepat kan? Urusan yang baik memang wajib disegera. Kelihatan Raja Azmi begitu gembira sekali apabila dikunjungi keluarga dan rakan taulan yang dijemput khas ke majlisnya.


Raja Azmi - Eddie CRK Bertunang

Produser filem (Gambar) Raja Azmi Raja Sulaiman, 54 tahun, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gitaris, (Gambar) Mohd Eddie Ghazali, 45 tahun, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Ukay Perdana, Ampang di sini pada Isnin.

Majlis pertunangan dimulakan dengan acara merisik diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu (Gambar) Mohd Daniel, 21 tahun, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan (Gambar) Puteri Suraya Mohd Jalani, 28 tahun, mewakili Raja Azmi.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung.

Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.


Eddie - Gitaris Kumpulan Rock CRK

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.

Hasil perkahwinan pertama selain Daniel, Eddie memiliki seorang lagi anak bernama Mohd Effy,19.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.

Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu (Gambar) Mariah Abu Samah.

Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar.


Majlis Perkahwinan Raja Azmi - Eddie Pada 15 September 2013

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.

"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.

Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan.

Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata. - MStar.


VIDEO MAJLSI PERTUNANGAN RAJA AZMI - EDDIE CRK

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan mengucapkan tahniah buat keluarga Raja Azmi dan Eddie CRK kerana majlis pertunangan serba ringkas selamat dijalankan. Kami semua mendoakan Raja Azmi dan Eddie bahagia sebagai suami isteri. Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan pada tarikh 15 September 2013.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAJLIS PERTUNANGAN RAJA AZMI - EDDIE | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...