CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MAWI EKIN DITIPU STOKIS UNEQUEIN HASAD DENGKI KHIANAT


Terkini Mawi Ekin Ditipu Salahkan Stokis UneQuein Kerana Hasad Dengki Khianat!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan terkini kontroversi artis Akademi Fantasia Mawi dan isterinya Ekin telah ditipu dan salahkan stokis pengedar produk UneQuein yang hasad dengki dan khianat! Hah, sebelum ini Mawi Ekini dilaporkan menipu Stokis Pengedarnya, sekarang sudah terbalik. Mawi Ekin salahkan stokis pengedar produk UneQuien kerana dikatakan berbohong dan menuduh pasangan itu mungkir janji. Macam-macam hal nak naikkan publisiti produk Mawi Ekin iaitu UneQuein. Anda sudah cuba produk UneQuein? Penulis macam tidak berminat dengan produk UneQuein, macam produk mee segera sahaja. Harap-harap bisnes Mawi Ekin kali ini berjaya ya.


Mawi Ekin Dihentam Teruk Kerana Menipu

Kegagalan hadir ke sebuah majlis beri pengajaran tempuhi cabaran dunia perniagaan. Ketidakhadiran penyanyi, (Gambar) Mawi, dan isterinya, Ekin, pada sebuah majlis membabitkan pengusaha produk kecantikan di Shah Alam, beberapa minggu lalu, menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga ada yang menghentam tindakan pasangan ini. Mawi Ekin dikatakan menipu stokis pengedar sendiri.

Sebahagiannya menganggap kedua-dua selebriti ini sengaja membatalkan kehadiran mereka pada saat akhir, tanpa sebarang sebab.

Bagaimanapun, pemilik syarikat Unequein ini menjelaskan, mereka sebenarnya ‘ditipu’ stokis sendiri. 

Bukan sengaja tidak menghadirkan diri, Ekin sebaliknya berkata, stokis mereka di bandar itu yang menghalang kedua-duanya daripada muncul majlis terbabit. 

“Kami sudah bersiap untuk ke majlis berkenaan, tetapi kemudian kami dapat panggilan daripada stokis terbabit. Dia memaklumkan kami tak payah datang sebab tak ramai orang datang ke majlis itu. 

“Apabila dia cakap macam itu, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak datang. Tiba-tiba, kami dapat panggilan daripada wartawan yang ada di sana bertanyakan mengenai ketiadaan saya dan Mawi. Ketika itu, baru kami tahu rupanya kami ditipu. 

“Ramai artis yang datang ke majlis itu dan kehadiran kami pula bagi mewakili produk kami. Rupa-rupanya, dia beritahu penganjur yang kami tak jadi datang dan mengata kami ini artis yang tidak menepati janji,” kata Mawi yang pernah kontroversi jual banglo

Stokis Pengedar Mawi Ekin Penuh Hasad Dengki

Stokis Pengedar Mawi Ekin Penuh Hasad Dengki 

Tersentak dengan tuduhan dilemparkan sehingga boleh mencemarkan imej, pasangan ini bagaimanapun enggan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak. 

Menganggap kejadian itu sebagai pengajaran dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh dengan hasad dengki dan dendam, mereka kini bertindak melantik stokis baru sebagai pengedar di negeri terbabit. 

“Apabila kami banyak bergaul dengan mereka yang berada dalam bidang ini, baru kami tahu rupa-rupanya ada juga orang yang bersikap macam ini. Kesilapan seperti inilah yang banyak mengajar dan mematangkan kami dalam perniagaan,” kata Mawi akui tidak laku seperti dahulu

Malah, selepas produk kecantikan, Ekin ingin meluaskan lagi empayar perniagaan dengan mengeluarkan jenama tudungnya sendiri, suatu hari nanti. 

Tidak serik dengan cabaran dihadapi, pasangan ini yang ditemui pada majlis pelancaran tiga produk baru Unequein, iaitu air berkarbonat, set penjagaan kulit dan teh tarik, di Bangi, baru-baru ini, mahu teruskan mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh negara. 

Sejak ditubuhkan Januari lalu, Unequein sudah mempunyai tujuh produk berasaskan minuman, kesihatan dan penjagaan diri di pasaran. 

Mawi Duet dengan AC Mizal

Mawi Duet dengan AC Mizal 

Bukan sekadar menumpukan kepada perniagaan terbabit, Mawi juga masih aktif dengan syarikat produksi miliknya, Mawi World Entertainment (MWE)

“Saya baru selesai penggambaran program Dari Pondok ke Bosnia, yang ditayangkan di Astro Ceria. Buat masa sekarang, saya lebih fokuskan kepada telefilem. Cuma, MWE tidak mempunyai produk untuk disiarkan pada raya kali ini disebabkan saya agak sibuk dengan produk Unequein. 

“Saya pula tidak mahu menerbitkan karya sekadar sukar-suka, atau hiburan semata-mata. Sebaliknya, biarlah ia muncul sebagai produk yang dapat memberi manfaat kepada penonton. 

“Saya juga baru muncul bersama single terbaru berjudul Al-Haq, berduet dengan Datuk AC Mizal. Kini, kami sedang menyiapkan muzik videonya,” kata Mawi yang pernah mengalami masalah kewangan yang turut merakam semula zikir Asmaul Husna dengan rentak lebih moden. 

Menganggap raya tahu ini amat bermakna buat mereka kerana anak tunggal kesayangan, Cahaya Malaika, yang kini berusia setahun lima bulan sudah mampu berjalan dan bercakap. 

Tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat, pasangan ini mahu memberi tumpuan kepada puteri kesayangan mereka itu di samping memfokuskan kepada memajukan lagi perniagaan. - BeritaHarian.


VIDEO MAWI PROMOTE PRODUK UNEQUIEN - TEH TARIK MALAIKA

+Mohd Rohaizad berharap +Asmawi Ani dan Ekin bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka sepanjang membina perniagaan terbaru mereka UneQuein. Macam-macam khabar angin dan gosip timbul tentang Mawi Ekin dalam menyebarkan produk UneQuein. Kepada stokis atau pengedar yang hasad dengki khianat terhadap pasangan artis ini silalah insaf dan usahlah jatuhkan bisnes Unequein, kesian Mawi dan Ekin. Produk UneQuien sudah ada surat kelulusan Kementerian Kesihatan? Bukan apa, sekarang ini macam-macam produk kesihatan ini mengarut, penulis pun dah tidak minum atau makan makanan minuman kesihatan kerana takut dengan bahan yang merbahaya seperti yang dilaporkan oleh media. (Lebih baik berhati-hati, lagipun produk-produk kesihatan kebanyakannya auta, brand entah apa-apa)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAWI EKIN DITIPU STOKIS UNEQUEIN HASAD DENGKI KHIANAT By Mohd Rohaizad. Published: 31.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...