CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

MELAYU BOLEH


Apa Itu Melayu Boleh? Kenapa Melayu Boleh?



Istilah Melayu Boleh sangat popular di semua laman carian seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. Sejak bila perkataan Melayu Boleh wujud? Pada pendapat penulis perkataan itu terhasil cetusan daripada ilham mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat (Gambar Foto) Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dengan slogan "Malaysia Boleh!". Maka dari situlah orang Melayu mengubahnya kepada perkataan "Melayu Boleh" untuk menunjukkan bangsa tersebut boleh melakukan apa sahaja di dunia ini!

Baiklah, sebelum kita pergi lebih mendalam lagi mengenai topik Melayu Boleh ini, kita perlulah mengetahui terlebih dahulu apa itu MELAYU dan apa itu BOLEH. Merujuk kepada Kamus Pelajar 2013 adalah seperti berikut yang telah penulis ringkaskan maksudnya:

Melayu itu bermaksud nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. Secara mendalamnya Melayu merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini.

Boleh bermaksud tidak mustahil untuk melakukan sesuatu atau tidak dilarang untuk melakukan sesuatu; diberi izin.

Oleh itu, istilah Melayu Boleh ialah bangsa berketurunan Melayu yang mendiami di Malaysia mampu melakukan sesuatu yang tidak mustahil agar dikenali seantero dunia. Pro disini ialah orang Melayu boleh melakukan apa sahaja yang dianggap mustahil iaitu melalui kejohanan peringkat dunia, inovasi, penyelidikan dan sebagainya. Kontranya, yang negatif pun dianggap sesuatu yang hebat untuk diketengahkan bagi pihak yang tidak bertanggungjawab seperti laman lucah gambar tidak senonoh, video 3gp Melayu dan banyak lagi. Anda fikirlah sendiri..


Bangunlah wahai orang Melayu! (Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad). Begitulah kata-kata seorang pemimpin Negarawan Malaysia yang disanjungi pelbagai kaum di tanah air mahupun antarabangsa. Orang Melayu merupakan bangsa yang bukan sebarangan, siapa tidak kenal negara Malaysia? Bangsa utamanya ialah Melayu - Malay. Orang Melayu majoritinya beragama Islam, mempunyai budaya dan adab resamnya yang tersendiri. Dibawah merupakan secara ringkas tentang kehebatan orang Melayu yang boleh kita kategorikan kaya dengan sejarah dan khazanah warisan datuk nenek kita. Adakah anda berbangga menjadi orang Melayu? Melayu Boleh!

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah satu bahasa dari keluarga Austronesia yang merupakan antara bahasa utama di dunia.Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ia juga ditutur di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Krismas, Sri Lanka, Suriname. Penutur aslinya berjumlah sekitar 33 juta orang di kepulauan Melayu dan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 220 juta orang. Bahasa Melayu ialah bahasa yang lembut dan halus. 

Sastera Melayu

Keaslian dan keindahan sastera Melayu dapat dilihat dalam elemen puisinya, yang menekankan penggunaan rima dan irama. Antara bentuk puisi Melayu yang terkenal ialah - Pantun, Syair dan Gurindam. Kesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pekerja rumah tangga ke menteri, dari hakim ke Raja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai. Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi. Ia juga digelar Sejarah Kedah dan merupakan sebuah karya sastera Melayu silam yang membabadkan keturunan Merong Mahawangsa dan pengasasan negeri Kedah. 

Agama Orang Melayu

Pada awalnya, orang Melayu mengamalkan animisme yang mempercayai kewujudan semangat dalam semua benda. Pada permulaan zaman agama Hindu dan agama Buddha Mahayana diperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Melayu, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, India dan Cina.

Seni Bina Melayu

Keunikan seni bina kediaman asli di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Yang pertama ialah bentuk kediaman puak yang terbahagi pula kepada dua iaitu bentuk vernakular orang asli dan bentuk imej bot yang dimiliki suku kaum Flores, Nias, Batak, Melanesia, Toraja dan Papua. Bentuk kedua ialah seni bina masyarakat maritim pesisir yang lebih maju seperti Melayu, Bugis, Acheh, Minangkabau dan lain-lain, yang mendirikan pelabuhan, kerajaan, malah empayar-empayar

Seni Tampak / Ukiran Kayu

Ukiran kayu adalah bahagian utama seni tampak Melayu klasik. Orang Melayu secara tradisinya menghiasi tugu, bot, senjata, kubur, alat muzik, dan perkakas dengan motif bunga, seni khat, geometri dan ciri kosmos. Seni ini dihasilkan dengan membuang sebahagian permukaan kayu dengan alat-alat tajam, mengikut corak-corak, gubahan dan susunan khusus. Ia dilihat sebagai satu bentuk pengabdian si tukang kayu kepada Sang Pencipta dan anugerah kepada masyarakat.

Masakan Melayu

Makanan ruji utama masyarakat Melayu ialah nasi dan ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.

Seni Pertunjukan Melayu

Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli seperti Mak Yong sehingga ke tarian-tarian dari pengaruh Arab seperti Zapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalam Dikir barat sehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalam Joget Gamelan.

Pakaian Tradisional Melayu

Dalam budaya Melayu, pakaian dan tekstil adalah sangat tinggi kedudukannya dan melambangkan kecantikan, kuasa dan pangkat. Beberapa keterangan dalam Hikayat-Hikayat Melayu ada menekankan peri pentingnya kedudukan tekstil. Sejarah industri tenunan Melayu dapat ditelusuri sejak abad ke-13 apabila laluan perdagangan di Timur berkembang pesat di bawah peranan kerajaan dinasti Song. Keterangan tentang tekstil buatan tempatan dan kemajuan industri penyulaman di semenanjung Tanah Melayu ada dinyatakan dalam beberapa catatan China dan India. Antara jenis tekstil Melayu yang terkenal dan masih wujud sehingga hari ini ialah Songket dan Batik.

Seni Mempertahankan Diri Melayu

Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, Sumatra dan pesisir pantai Borneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; Lading, Badik, Tekpi, Tumbuk Lada, Kerambit, Parang, Sundang, Sabit, Lembing dan batang buluh.

Permainan Tradisional Melayu

Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga dan layang-layang adalah antara permainan tradisional yang ada dinyatakan dalam teks Sejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka.

Nama dan Pangkat Orang Melayu

Nama Melayu adalah mengikut sistem patronimi dan boleh terdiri dari sehingga empat bahagian; pangkat, nama diberikan, nama keluarga, dan nama bapa. Sesetengah nama diberikan dan nama bapa boleh terdiri dari dua atau tiga nama, yang menghasilkan nama penuh yang sangat panjang. Contohnya, salah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, di mana 'Mohd Aidil Zafuan' adalah tiga nama diberikan dan 'Abdul Radzak' adalah dua nama bapanya.Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai sistem pangkat dan kehormatan yang sangat kompleks, yang sehingga kini masih digunakan dengan meluas di Malaysia dan Brunei. Dengan meletakkan pangkat Melayu pada nama Melayu biasa, satu nama yang lebih kompleks akan dihasilkan. Perdana Menteri Malaysia kini mempunyai nama penuh Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, di mana 'Dato' Seri' adalah pangkat kehormatan Melayu, 'Mohd Najib' adalah nama peribadinya, 'bin' memperkenalkan pangkat dan nama bapanya, 'Tun' adalah darjah kemuliaan yang lebih tinggi, 'Haji' menandakan bapanya pernah menunaikan Haji di Mekah, dan 'Abdul Razak' adalah nama peribadi bapanya.

Kredit: Wiki Melayu Boleh.

Video Melayu Boleh! Malaysia Boleh!


Pertandingan SEO "Melayu Boleh" 2013

Secara ikhlasnya, penulis berminat memasuki contest ini untuk sama-sama memeriahkan dunia pertandingan SEO bagi keyword "Melayu Boleh". Selain itu, dengan cara ini juga gabungan perkataan Melayu Boleh dapat dihapuskan dari dikaitkan dengan laman lucah yang ada. Bagi yang berminat, bolehlah menyertai pertandingan tersebut di link dibawah:


Tarikh akhir submit artikel: 13 Julai 2013 (Jam 12.00 Tengah Malam)



Terima kasih Blog Mohdrohaizad.com ucapkan kepada penganjur dan para penaja yang sudi mengumpul hadiah untuk pertandingan Melayu Boleh. Diharap pertandingan seumpama ini dibuat dari semasa ke semasa. Jangan lupa ajak / jemput penulis ya kalau ada lagi contest / pertandingan seperti ini. :)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MELAYU BOLEH By Mohd Rohaizad. Published: 7.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...