CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MODEL DEEDEE NASH MENJADI PELAKON


Model Deedee Nash Ke Bidang Lakonan Filem Drama

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengenali Deedee Nash sebagai model dan terkini telah terjun ke bidang lakonan. Mungkin sebagai cubaan untuk melihat sejauh mana keserasian Deedee Nash dalam dunia hiburan berbentuk lakonan. Anda bakal melihat lakonan Deedee Nash dalam filem terbaru iaitu "Tujuh" yang dibintangi ramai pelakon-pelakon yang ternama di bawah arahan Raja Mukhriz.


Dunia Model Sebagai Loncatan Deedee Nash

Pendatang baru dalam dunia lakonan, Deedee Nash menjelaskan yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi seorang pelakon. Bermula dengan seorang model, Deedee kini membintangi filem terbaru arahan Raja Mukhriz, terbitan Grand Brilliance yang berjudul ‘Tujuh’ disamping Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Marsha Milan, Christina Suzanne dan ramai lagi.

“Kerjaya saya bermula sebagai seorang model. Selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi MARA Perak dalam jurusan Rekaan Fesyen, saya terus bergiat aktif bergerak sebagai model. Selepas empat tahun saya bergiat aktif menjadi seorang model, seorang kenalan saya menyuruh saya menghantarkan profil saya kepada Raja Mukhriz,” jelas Deedee yang ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Tujuh’ di Cameron Highlands baru-baru ini.

“Kemudiannya, kami ada berbincang mengenai projek lakonan pada sekitar tahun lepas, tapi selepas itu senyap sahaja. Tetapi pada bulan Februari lalu, saya mendapat panggilan dan saya terpilih untuk menjayakan watak sebagai isteri kepada Zul Ariffin dalam telemovie ‘Kabin Tepi Tasik’ arahan Raja Mukhriz di Astro Ria,” kata gadis jelita ini.


Deedee Nash Berlakon Filem & Telemovie

Selepas menjayakan telemovie ‘Kabin Tepi Tasik’, Deedee mendapat panggilan untuk ke menghadiri uji bakat watak filem ‘Tujuh’ dan akhirnya Deedee berjaya mendapat watak sebagai Emma dalam filem tersebut.

“Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk berlakon filem ini, tapi apabila saya mendapat tawaran sebegini, saya tidak menolaknya. Saya terima ini sebagai rezeki saya. Apa yang ada di depan mata, saya ambil peluang ini untuk mencuba dan menjayakannya,” ulas gadis tinggi lampai ini.

Ketika Deedee Nash bercerita mengenai cabaran dalam melakonkan watak Emma dalam filem ini, dia menjelaskan yang watak Emma sangat berbeza dengan dirinya.

“Watak Emma sememangnya berbeza dengan diri saya. Emma ada perangai gedik dan ingin kelihatan cantik sentiasa, sedangkan saya realitinya seorang yang ‘simple’ sahaja. Watak Sam, lakonan Johan As’ari yang mempunyai hubungan dengan Suri, lakonan Marsha Milan membuatkan Emma cemburu kerana Emma suka pada Sam,” jelas Deedee mengenai watak Emma.


Belajar Teknik Lakonan - Deedee Nash

Mengulas mengenai pengalamannya dibimbing oleh aktres ternama Ellie Suriati sebelum penggambaran filem ‘Tujuh’ bermula, Deedee menjelaskan yang pengalam itu sangat bermakna buat dirinya.

“Pengalaman saya ketika dibimbing oleh Ellie Suriati sangat menyeronokkan. Saya banyak belajar mengenai teknik lakonan daripadanya. Ellie banyak membantu saya dan para pelakon lain bagi menghidupkan dan mencorakkan watak masing-masing dalam filem ini,” tutur Deedee mengakhiri perbualan. - Portal Gua.com.my

Biodata Deedee Nash Profil Di Facebook / Twitter:

Klik: Twitter Deedee Nash

FAUZIAH LATIH KONGSI RAHSIA AWET MUDA



VIDEO DEEDEE NASH - ARTIS BARU MALAYSIA

Mohd Rohaizad mengucapkan selamat datang kepada Deedee Nash ke dunia artis dan hiburan Malaysia. Nampaknya model Deedee Nash terjun ke bidang lakonan setelah yakin untuk berlakon dalam filem dan drama. Bukan semua model boleh berlakon ya. Jika tidak kena gaya, banyak yang kaku dan watak jadi tidak hidup. Dengan kata lain,  Deedee Nash kena betul-betul menghayati sesuatu watak dengan baik jika ingin berjaya dalam dunia lakonan. Good luck Deedee Nash!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MODEL DEEDEE NASH MENJADI PELAKON By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...