CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MURID BUKAN ISLAM SRK SERI PRISTANA MAKAN MINUM DI TANDAS?


Terkini Isu Murid Bukan Islam Srk Seri Pristana Makan Minum Di Tandas?

Blog Mohdrohaizad.com digemparkan mengenai murid-murid bukan Islam di SRK Seri Pristana makan dan minum di dalam tandas / bilik persalinan sekolah! Begitulah apa yang digambarkan oleh para pembaca boleh melihat sendiri bagaimana suasana murid-murid tersebut makan dan minum sambil ditemani oleh ibu bapa / ahli keluarga mereka. Gambar-gambar yang diperolehi ini merupakan ehsan daripada facebook ibu bapa murid sekolah yang terlibat. Isu ini dibawa oleh blogger AmenoWorld yang mendapat pelbagai komen negatif oleh ramai pihak.


Isu Murid Makan Minum Di Dalam Tandas SRK Seri Pristana

Admin difahamkan, selain pelajar Melayu,  Sekolah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor. Keadaan di sekolah di Selangor negeri maju pun boleh menjadi macam ini? Memang agak memalukan dan tidak masuk akal apabila tiada tempat yang lebih baik lagi diberikan kepada murid-murid bukan Islam untuk makan dan minum selain dari tandas / bilik persalinan? Konon terdapat banyak kekangan dalam menyediakan tempat yang lebih baik, jika diberi pilihan, sanggupkah anda atau para guru menjamu selera ditempat sedemikian? Sebelum beri tempat tersebut, sewajarnya pihak pentadbir sekolah berada dalam situasi murid-murid tersebut dahulu. Apa perasaan anda?


Kantin SRK Seri Pristana Luas & Muat Tetapi Ditutup

Kantin SRK Seri Pristana ditutup sepanjang bulan Ramadhan kerana tiada orang yang hendak menjaga kebersihan tempat tersebut. Salah siapa? Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia? Pejabat Pelajaran Daerah? Atau pentadbir SRK Seri Pristana? Guru-guru sekolah tersebut?

Gambar Foto Murid Bukan Islam Makan Minum Di Tandas




Cantik dan luas di perkarangan SRK Seri Pristana tetapi tempat makan dan minum muridnya di dalam bilik persalinan / Jamban / Sinki / bilik tandas? Apa pendapat guru-guru sekolah berkenaan?

Komen-Komen SRK Seri Pristana Di Facebook

Murid SK Seri Pristana Dipaksa Makan Minum Dalam Tandas - Kata Ibubapa

Beberapa keping gambar yang menunjukkan murid-murid sedang makan di bilik persalinan pada waktu rehat yang kononnya supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam yang berpuasa kini disiarkan di laman sosial Facebook.

Gambar-gambar yang mencetuskan kontroversi itu dikatakan diambil di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh.

Seorang ibu, Gunesweri Kelly, yang berkongsikan gambar berkenaan di Facebook pada Selasa berkata, bahawa bilik persalinan itu berbau kerana ia terletak bersebelahan dengan tandas.

"Sebagai ibu, saya sebak dan sedih. Saya perlu membantu anak saya daripada terseksa berada dalam bilik itu pada waktu rehat," katanya.

Pihak Sekolah Tidak Peduli Aduan Ibubapa Murid SK Seri Pristana

Beliau menambah, pihak sekolah tidak mengendahkan aduannya.

Pengguna Internet mendakwa bahawa kantin sekolah berkenaan ditutup.

Isu tersebut turut menjadi topik panas di Twitter, dengan mereka menggunakan 'hashtag' #makandalamtoilet bagi menyuarakan keprihatinan itu.

Cubaan untuk menghubungi guru besar Mohamad Nasir Mohamad Noor gagal berikutan nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi sejak pukul 2 petang, Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata: “Kami akan melihat perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ia tidak berulang." - MStar.


VIDEO KEADAAN DI SEKOLAH SRK SERI PRISTANA


VIDEO LAPORAN ISU MURID MAKAN DI BILIK AIR SEKOLAH

+Mohd Rohaizad memang agak terkejut apabila saudara +Mazidul Akmal Sidik / Mazidulakmal memaklumkan dan dijelaskan oleh pihak sekolah bahawa mereka mengambil inisiatif tersebut kerana keadaan kantin yang ditutup tidak dapat menampung semua murid dan dielakkan murid makan minum atas lantai. Begitu daif sekali sekolah berkenaan memberi tempat alternatif kepada murid-muridnya untuk makan dan minum. Tiada tempat lain yang lebih baik untuk murid-murid makan dan minum? Apa pendapat anda?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MURID BUKAN ISLAM SRK SERI PRISTANA MAKAN MINUM DI TANDAS? By Mohd Rohaizad. Published: 23.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...