CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NAD ZAINAL - AZWAN KOMBOS BERCINTA?


Betul Ke Nad Zainal dan Azwan Kombos Bercinta? Adakah Mereka Serius?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dengar Nad Zainal dan Azwan Kombos bercinta? Betul ke mereka berdua bercinta? Melalui temubual Nad Zainal tidak menolak, walaubagaimanapun mereka belum lagi declare / isytihar sebagai kekasih cuma masih dalam mengenali hati budi masing-masing. Jika serasi mungkin mereka menjalin hubungan yang lebih serius selepas ini.


Kisah Cinta Nad Zainal - Azwan Kombos

Makin rancak kemunculannya menerusi pelbagai drama termasuk menjadi pelakon utama siri Memberku Hawa musim kedua, (Gambar) Nad Zainal semakin menjadi rebutan pengarah.

Bagaimanapun, kebelaka­ngan ini dia turut menerima tempias apabila kisah cintanya dengan seorang pelakon baru (Gambar) Azwan Kombos. Malah Nad bakal bergandingan dengan kekasihnya itu menerusi sebuah telemovie.

Melayari hubungan cinta mungkin indah apabila berdua namun menurutnya, pertama kali berlakon de­ngan ke­kasihnya itu nampak­nya lebih sukar serta banyak cabarannya.

“Walaupun kami selalu berjumpa di luar set, sukar juga apabila kami berlakon sama. Entahlah kenapa kami susah untuk mencari keserasian dan berasa kekok.

“Apapun, selepas beberapa lama, kami rasa selesa dan tidak akan menolak kalau digandingkan lagi selepas ini. Bagaimanapun, kami kena tengok juga jalan ceritanya,” kata Nad Zainal yang bergandingan de­ngan Azwan menerusi telemovie Adnan Balik Raya.

Nad Zainal - Azwan Kombos Bertunang?

Dijentik mengenai pembabitan kekasihnya itu dalam lakonan, Nad Zainal berkata itu hak Azwan kerana mereka pun belum ada ikatan yang sah.

Lagipun, kata pelakon siri Dewi Lasak ini, dia sendiri belum lagi menyerlah masih baru menjadi pelakon. 

“Saya tidak pernah menghalang pun dan tidak marah Azwan membabitkan diri secara serius dalam bidang ini. Biarlah dia lakukan apa yang diminatinya dan paling penting saya sentiasa sokong apa juga usahanya.


“Dia pun sudah mula dikenali dan kami sama-sama mahu fokus dalam bidang ini. Sekarang ini biarlah saya kurangkan bercerita mengenai kami dengan mengambil iktibar daripada kisah-kisah orang lain,” katanya sewaktu ditemui pada pelancaran siri terbaru lakonannya, Kampung Girl, baru-baru ini.

Bercerita mengenai lakonannya dalam drama itu bersama penya­nyi Akim Ahmad, Nad tidak sukar untuk mencipta keserasian dengan Akim selepas pernah berlakon bersama sebelum ini.

Drama Nad Zainal - Slot Zehra TV3

Mengisi slot Zehra di TV3 pada setiap Jumaat jam 9 malam, ia kisah ringan mengenai percintaan dua darjat.

Berkisarkan kahwin paksa apabila Ashraf (Akim) memandang rendah terhadap Ainnur (Nad Zainal), seorang perempuan kampung dan menyampah apabila mereka dijodohkan.

Keegoan Ashraf memang sukar diruntuhkan meskipun pada masa sama Ainnur tetap mahu cuba memenangi hati lelaki berkenaan. 

Jangan lupa saksikan drama arahan Heykal Hanifah terbitan ­Luqsar Kreatif ini menerusi slot Zehra yang turut menampilkan pelakon termasuklah Emma Maembong,  Syafiq Kyle, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Emma Akma, Fikhree Bakar, Anne Abdullah serta Ramli Salleh. - HMetro


VIDEO NAD ZAINAL - AKIM AHMAD KAN DAH KENA - PRANK 

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan menunggu pengesahan sama ada Nad Zainal dan Azwan Kombos benar-benar bercinta atau ia sekadar gosip hangat mereka yang berlakon sebagai kekasih dalam drama telemovie Adnan Balik Raya. Dah tengok video Nad Zainal kena prank? Nad Zainal cute kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NAD ZAINAL - AZWAN KOMBOS BERCINTA? By Mohd Rohaizad. Published: 10.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...