CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NAJWA LATIF PENGSAN - SEMAKIN GEMUK


Gosip Hangat Terkini: Najwa Latif Pengsan Sebab Panas - Semakin Gemuk Obesiti?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com agak terkejut tengok perubahan terkini artis yang terkenal melalui youtube iaitu Najwa Latif yang semakin gemuk dan pernah pengsan akibat cuaca panas! Adik Najwa Latif frust bercinta ke sampai naik badan naik mendadak jauh beza dengan gambar foto dahulu? Jangan marah ya, Najwa Latif masih lagi cute dan comel. Hehehe..


Najwa Latif Pengsan Akibat Cuaca Panas

Penyanyi kecil molek comel, (Gambar) Najwa Latif, 18 tahun berkongsi nostalgia Ramadan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Menurut Najwa, dia pernah pengsan akibat tidak tahan dengan cuaca panas ketika di bulan Ramadan.

"Kejadian ini berlaku ketika saya berumur kira-kira lima tahun. Pada masa itu saya baru belajar berpuasa. Kami sekeluarga menyambut bulan Ramadan di Bangkok, Thailand kerana ayah saya ada urusan kerja di sana. Akibat cuaca yang sangat panas, saya yang pertama kali belajar berpuasa pengsan ketika waktu tengah hari kerana tidak tahan dengan cuaca di sana," cerita Najwa Latif yang tersenyum mengimbau kenangan lamanya di bulan Ramadan.


Najwa Latif Duta Colgate

Sepanjang bulan Ramadan ini sehingga Ogos, Najwa dilantik menjadi duta untuk kempen 'Mari Beramal Bersama Colgate'. Kempen itu telah dilancarkan pada penghujung Jun yang lalu.

Menemui Najwa Latif di Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari rumah kebajikan dan rumah anak yatim terpilih sempena kempen 'Mari Beramal Bersama Colgate' di Mydin Subang Jaya, Najwa menyatakan perasaan gembiranya kerana dapat berkongsi masa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Saya gembira kerana dapat meluangkan masa bersama semua kanak-kanak ini membeli-belah barang-barang keperluan mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Selain dapat berkongsi masa bersama mereka, saya dapat memberi inspirasi kepada mereka agar tidak cepat putus asa dan supaya mereka ada sikap percaya pada diri sendiri," jelas penyanyi lagu 'Kosong' ini.


Najwa Latif Tidak Sesuai Menjadi Duta Kempen Amal?

Ketika ditanya adakah sesuai untuk Najwa dilantik menjadi duta kepada kempen amal yang memberi bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik sedangkan usianya baru menjangkau 18 tahun, Najwa ada pandangan tersendiri mengenai perkara ini.

"Jarak umur saya dengan mereka yang tidak beberapa jauh sebenarnya dapat memudahkan lagi saya untuk berkomunikasi dengan mereka. Saya menggunakan pendekatan dari remaja kepada remaja ataupun dari seorang kakak kepada adik kerana jarak usia mereka dalam lingkungan kanak-kanak sehingga ke remaja. Selain itu, saya berterima kasih kepada pihak Colgate kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman ini," tutur Najwa Latif yang bakal menyambut Syawal di Batu Pahat, Johor.

Dalam perkembangan lain, Najwa bakal tampil dalam rancangan 'Stailista Unplugged' di samping Dato' Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan Alyah di TV9 pada hari raya pertama nanti. Selain itu, Najwa juga turut terlibat dalam sebuah 'gameshow' istimewa sempena hari raya, 'Mini Busking' yang juga bakal disiarkan di TV9. - Portal Gua.

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Najwa Latif Di Youtube / Facebook, Klik Link Dibawah:




VIDEO MUZIK TERKINI NAJWA LATIF - I LOVE YOU

+Mohd Rohaizad tengok +Najwa Latif semakin berisi / gemuk / obesiti! Hah! Jangan terlampau makan banyak sangat Najwa oi, kalau tengok gambar foto Najwa Latif yang dulu memang agak berbeza sekarang. Jangan marah ya adik Najwa, lepas raya nanti amalkan diet ya. Memandang cuaca sekarang sudah tidak berapa panas, Najwa Latif yang cute lagi comel tidak akan pengsan lagi lepas ini. Dah tengok video muzik terbaru Najwa Latif? Best kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NAJWA LATIF PENGSAN - SEMAKIN GEMUK By Mohd Rohaizad. Published: 22.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...