CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NORA DANISH DIKRITIK MENUNJUK SOLAT?


Betul Ke Nora Danish Dikritik Menunjuk Ketika Solat Tarawih?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan pelakon artis popular, Nora Danish dituduh menunjuk-nunjuk ketika sola tarawih. Alahai, memang kesian kepada Nora Danish, tak pasal-pasal kena kritik gambarnya di Instagram. Gambar yang baik pun kena kutuk juga, ini memang ada yang bermasalah dan tidak suka kepada Nora Danish. Ikuti penjelasan Nora Danish mengenai isu gambar kontroversinya ketika bulan Ramadan.


Gambar Nora Danish Dikritik Kononnya Menunjuk-Nunjuk Solat Terawih

Tidak sukar menyelami isi hati pelakon cantik berdarah kacukan Melayu - Myanmar ini.

Meskipun wajahnya menampakkan dia seorang yang ceria, namun jauh di sudut hatinya, masih ada sesuatu yang dipendam.

Akui ibu kepada (Gambar) Putra Rayqal Ramli Rizal ini, dia tidak tahu mengapa masih ada segelintir masyarakat yang sering memandang negatif kepadanya.

Ini terbukti apabila gambarnya melakukan solat Tarawih yang dimuat turun di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini mendapat kritikan.

Nora Danish Terkilan Komen Negatif Peminatnya

“Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu.

“Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja,” luah empunya nama (Gambar) Nora Danish Haniff, 31 tahun, ketika ditemui di program Bazar Seindah Ramadan, baru-baru ini.

Tambahnya, dia antara selebriti yang suka memuat turun pelbagai gambar di Instagram.

“Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

“Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya,” katanya.

Ditanya adakah dia membalas kritikan 'insan' tersebut, jelas Nora Danish, dia tidak perlu melakukan semua itu.

“Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang 'dia'.

“Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya,” akuinya pelik kerana berbuat baik turut menjadi isu.


Permintaan Nora Danish - Jangan Samakannya Dengan Fasha Sandha

Dalam pada itu, bintang Aku Terima Nikahnya ini sempat bercerita mengenai hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha.

Tidak lari daripada pelbagai umpat keji orang sekeliling, ujar Nora, dia berharap mereka berhenti membandingkan dia dengan pelakon Anak Halal itu.

“Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua.

“Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula.

“Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa,” katanya dan memberitahu ada bertemu Fasha Sandha di rumah bekas ibu mertuanya selepas melawat kelahiran Rayfal dahulu.

Nora Danish Fokus ibadah Sepanjang Ramadan

Sementara itu, berkongsi pengalaman sepanjang bulan puasa ini, katanya, dia juga lebih selesa menolak untuk melakukan penggambaran di bulan Ramadan.

“Setiap hari saya menjalankan rutin tersebut, jadi saya rasa tidak ada salahnya di bulan mulia ini saya fokuskan diri kepada perkara ibadah pula.

“Waktu inilah saya harus lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan bersama keluarga,” katanya yang tidak ketinggalan ke bazar Ramadan apabila berkesempatan.

Ujar Nora Danish, sudah menjadi pilihannya berbuka dengan menu ayam bakar.

“Saya paling suka ayam, jadi kalau berbuka mesti ada ayam, dan kuih tepung pelita wajib ada,” katanya yang lebih suka bersederhana di bulan puasa, baik ketika berbuka mahupun bersahur. - Sinarharian.


VIDEO GWIYOMI NORA DANISH BUAT PARA PEMINATNYA

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan berharap kepada yang komen-komen negatif terhadap Nora Danish itu jangan terlalu berpandangan buruk dan hentikan perbuatan anda. Nora Danish pun manusia biasa, nama pun artis, ingin berkongsi gambar kepada para peminatnya. Kami harap Nora Danish bersabar dan jangan ambil peduli oleh orang-orang yang tidak suka kepada anda.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORA DANISH DIKRITIK MENUNJUK SOLAT? By Mohd Rohaizad. Published: 16.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...