CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NORA DANISH - FASHA SANDHA SUDAH BERBAIK SEMULA


Artis Nora Danish dan Fasha Sandha Sudah Berbaik Semula?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com diberitakan yang artis terkenal selalu bergaduh suatu ketika dahulu sudah berbaik, siapa lagi kalau bukan Nora Danish dan Fasha Sandha. Baguslah apabila kedua-dua pelakon glamor ini sudah berbaik dan bersikap profesional dalam industri hiburan Malaysia. Nora Danish pun tidak kisah untuk pergi melihat anak Fasha Sandha yang baru lahir iaitu Putra Rayfal.


Gambar Nora Danish Seksi Jelita Pakai Gaun Hitam Belahan Pangkal Paha

Siapa sangka hubungan keruh antara aktres (Gambar) Nora Danish dengan Fasha Sandha selama ini kembali jernih selepas Nora melawat anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal Ashram ketika pelakon tersebut sedang dalam pantang.

Atas sebab itu juga, Nora dan (Gambar) Fasha Sandha tiada masalah untuk sama-sama menghadirkan diri memberi sokongan ke majlis pelancaran koleksi baju pengantin milik adik kembar (Gambar) Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang berlangsung di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Nora Danish yang kelihatan jelita dan seksi dengan gaun hitam belahan ke pangkal paha, dia dan aktres drama Chinta itu sudah lama berbaik.

Kenyataan yang sama dijawab oleh Fasha yang masih lagi kelihatan menawan biarpun tubuhnya agak berisi selepas melahirkan anak sulungnya itu.

“Saya dengan Nora sudah lama baik, malah kami banyak kali berjumpa setiap kali Jejai dan saya mengambil Rayqal mahupun ketika Nora menghantar anaknya ke rumah kami,” ungkap Fasha mengenai anak Nora, Putra Rayqal hasil perkahwinannya bersama Jejai sebelum ini.

Tutur Fasha Sandha lagi: “Apa pun yang terjadi, anak saya adalah adik kepada anak Nora. Jadi, secara automatiknya kami sudah seperti keluarga.”


Nora Danish Berehat Sepanjang Ramadan

Cerita sambutan Ramadan turut diajukan kepada Nora. Tahun ini, aktres berusia 31 tahun itu nekad untuk berehat sepanjang Ramadan.

“Bermula Ramadan tahun lepas, saya berehat daripada segala aktiviti seni selama sebulan. Begitu juga pada Ramadan tahun ini,” ujarnya yang berazam mengerjakan solat tarawih sepanjang Ramadan.

Begitupun, kata Nora Danish, dia tidak akan menolak sebarang jemputan program amal.

Disoal apakah menu wajib ketika berbuka puasa, jawab Nora, setiap kali berbuka, dia akan menikmati martabak, kuih seri muka dan ayam panggang.

Nora Danish Memuji Koleksi Baju Pengantin Bekas Adik Iparnya

Sementara itu, mengulas mengenai koleksi baju pengantin Pu3 kepunyaan dua beradik kembar iaitu Putri Azalea Ashram Ramli dan Putri Yasmin Ashram Ramli, Nora memuji bekas adik iparnya itu sebagai orang yang berbakat dalam mereka fesyen busana.

“Pujian saya bukan disebabkan kami rapat. Pencapaian kedua-dua beradik itu sangat membanggakan,” ujar Nora.

Fasha Sandha turut memuji koleksi baju pengantin Pu3. Menurutnya, kesemua koleksi baju pengantin Pu3 biarpun nampak ringkas, tetapi cantik.

“Rekaan baju-baju pengantin mereka sangat berbeza dengan baju-baju pengantin yang terdapat di Malaysia,” ungkapnya. - Kosmo!


VIDEO NORA DANISH - ADI PUTRA NYANYI SORE EYES 5 DAYS MC

Mohd Rohaizad dan para peminat Nora Danish dan Fasha Sandha rasa lega apabila kedua-dua artis popular ini sudah berbaik-baik dan tidak lagi bergaduh pasal Jejai. Masing-masing sudah faham, bergaduh macam mana pun tidak berguna sebab industri hiburan Malaysia ini kecil saja, memang akan selalu berjumpa. Lebih baik ambil sikap profesional kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORA DANISH - FASHA SANDHA SUDAH BERBAIK SEMULA By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...