CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

NORA DANISH - NADEM SERIUS BERCINTA


Gosip Hangat Percintaan Nora Danish dan Nadem Nazri, Anak Menteri!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan tentang artis cantik Nora Danish bercinta dengan Nadem Nazri, anak menteri pelancongan sekarang ini! Hah, selera Nora Danish memang anak VVIP anak menteri, bagi yang berkenan mesti sekurang-kurangnya mempunyai status berkenaan, Jejai juga anak VIP ya. Begitulah hubungan rapat Nora Danish dan Nadem sudah lama dihebohkan cuma sekarang baru serius bercinta dan ingin berkenalan lebih dalam lagi sebelum meneruskan hubungan yang lebih serius. Adakah Nadem bakal bernikah dengan Nora Danish nanti?

Gambar Nora Danish - Nadeem Intim Bersama

Nadeem dan Nora Danish Serius Bercinta Akan Berkahwin


Nadeem dan Nora Danish Serius Bercinta

Nora Danish Tidak Menafikan Rapat Dengan Anak Menteri

Pelakon (Gambar) Nora Danish mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu (Gambar) Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.

Nora atau nama sebenarnya (Gambar) Nora Danish Mohd Hanif, 31 tahun, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.

"Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.

"Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami," kata Nora Danish ketika ditemui pada majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, di sini pada Rabu.


Nora Danish Bercinta Dengan Anak Menteri

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang intim.

Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya. mohdrohaizad.com telah memuatnaik beberapa gambar menarik terkini tentang Nora Danish.

Bagaimanapun Nora Danish yang sudah berbaik dengan Fasha Sandha ini berkata, hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.


Jodoh Nora Danish - Nadem Nazri

"Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.

"Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan," kata Nora Danish tentang dunia percintaannya.


Ibu Nora Danish Tidak Halang Percintaan Anaknya

Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, (Gambar) Salimah Talib, 56 tahun, mengakui tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

"Saya tidak menghalang siapa pun lelaki pilihannya namun banyak menasihatkan dia agar berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki.

"Saya takut peristiwa lama berulang kembali, kalau boleh jika berkahwin kali kedua dengan lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya," katanya. - Mstar.


VIDEO KEEK NORA DANISH PAKAI BAJU SEKOLAH - PARODY GENTLEMAN


VIDEO NORA DANISH BUAT GWIYOMI

+Mohd Rohaizad berharap +Nora Danish dan Nadem Nazri jika serius bercinta, cepat-cepatlah berkahwin ya nanti. Buat apa tunggu Nora Danish lama-lama, dah berkenan nikah saja. Taste selera Nora Danish tinggi jugalah, kebanyakannya anak-anak vip / anak menteri yang menjadi pilihannya untuk bercinta dan dibuat suami. Bagi yang tidak berkenaan dan biasa-biasa saja jangan berharap nak dapatkan Nora Danish ya. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORA DANISH - NADEM SERIUS BERCINTA By Mohd Rohaizad. Published: 26.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...