CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NORMAN KRU PUNCA FAIZAL TAHIR DIGAM STESEN TV


Kontroversi Terkini Norman KRU Punca Faizal Tahir Digam Pihak Stesen TV?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan mengenai kontroversi Norman KRU menjadi punca Faizal Tahir digam / banned oleh pihak stesen TV? Amat susah hendak melihat kelibat Faizal Tahir di TV sekarang ini, gara-gara perang di laman sosial di antara Norman KRU dan Faizal Tahir mengenai isu parti politik negara. Dengan khabar pihak stesen TV telah ban Faizal Tahir kerana kononnya anti-kerajaan dan menyokong parti pembangkang. Ada juga menggatakan Norman KRU menggunakan pengaruhnya untuk menghalang Faizal Tahir muncul di TV. Macam-macam kan? Sesama bangsa sesama agama boleh menggunakan alasan parti politik untuk menjahanamkan karier rakan artis sendiri. Apa-apa pun rezeki Allah S.W.T. yang beri, jangan berlagak sombong riak muka bumi ini macam serupa nak hidup selamanya dan tidak akan mati.


Norman KRU Kritik Jika Pakatan Rakyat Menang Industri Hiburan Negara Akan Hancur 

Penerbit album (Gambar) Norman Abdul Halim membuat keputusan untuk tidak lagi membicarakan hal-hal berkaitan politik di mana-mana laman-laman sosial bagi menjaga hati pelbagai pihak.

Norman KRU, 41 tahun, berkata, dia menyedari tindakannya mengecam sebuah parti politik di laman sosial Twitter beberapa bulan lalu telah menimbulkan kemarahan golongan tertentu.

Norman KRU Hina Parti PAS?

"Saya tidak akan bercakap soal politik lagi kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya dan saya bukan ahli politik untuk bercakap tentang itu.

"Saya sedar apa yang saya tulis di Twitter dahulu telah menguris hati dan menimbulkan kemarahan banyak pihak," katanya ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa lalu.


Norman KRU Minta Maaf Akan Berhati-Hati Selepas Ini

Tambahnya, dia akan lebih berhati-hati sebelum mengutarakan sesuatu perkara yang melibatkan sensitiviti masyarakat.

Norman menerusi Twitter pada April lalu mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah negara.


Faizal Tahir Bidas Kenyataan Tidak Profesional Norman KRU Yang Berat Sebelah

Komen tersebut mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan itu termasuk penyanyi Faizal Tahir yang pada masa yang sama telah mengeluarkan status membantah kenyataannya.

Disebabkan perkara itu juga, Faizal Tahir dikatakan telah digam oleh beberapa pihak akibat dari kenyataan-kenyataan Twitter miliknya yang berbaur politik seperti menyokong pembangkang.


Norman KRU Nafi Guna Pengaruh Untuk Gam Faizal Tahir

Sementara itu, Norman KRU menafikan menjadi punca kepada kontroversi penyanyi Faizal Tahir yang kononnya digam oleh sebuah stesen televisyen.

"Saya tiada kuasa untuk menyuruh mana-mana stesen televisyen atau radio menyenaraihitamkan mana-mana artis sekali pun.

"Apa yang saya tulis di Twitter itu sekadar pendapat saya sebagai rakyat Malaysia sahaja, begitu juga Faizal Tahir yang turut menyatakan pendapatnya juga," katanya. - Mstar.

Temubual Faizal Tahir Berkenaan Dengan Isu Album Tidak Laku dan Kena Gam Stesen TV

5 Ogos 2013 - Kelantangan dirinya bersuara melalui laman Twitter dikatakan menjadi punca dirinya disisihkan sebuah syarikat penyiaran utama negara. Tidak mengiyakan perkara tersebut, Faizal Tahir memberitahu dia sendiri buntu apabila ramai yang mula memperkatakan perkara yang sama, sedangkan dia tidak pernah diberitahu perkara berkenaan.

Menganggap hanya orang disekeliling yang melatah, Faizal Tahir (FT) bagaimanapun mengakui perjalanan album ketiganya agak kurang mendapat sambutan berbanding album terdahulu. Tidak melihat cerita panas yang berlegar ini sebagai punca, Faizal sedia bertungkus lumus untuk kejayaan album ketiganya selepas sambutan AIdilfitri nanti.Wartawan Hits, Aida Rizmariza menemubual beliau.

Bagaimana perkembangan album baharu?

Faizal Tahir (FT): Saya sendiri tidak tahu mana silapnya. Kalau nak katakan tanpa promosi saya mungkin faham. Akan tetapi saya sudah melakukan sebaik mungkin untuk pelancaran album ini dan masih gagal mendapat sambutan.

Sebagai artis lelaki popular negara, mustahil album terbaru ini gagal sampai ke pengetahuan peminat?

FT:Saya tidak salahkan label atau mana-mana pihak. Ini semua berjalan atas dasar kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Tetapi mungkin juga album ini dilancarkan ketika negara sedang sibuk menghadapi pilihan raya dan, peminat tidak terlalu ambil pusing mengenai album ini.

Ini menguatkan lagi khabar angin yang tersebar mengatakan Faizal di gam, boleh jelaskan?

FT: Saya tidak pernah keluar kenyataan mengenai hal itu. Tentang itu, saya juga tidak pernah diberitahu mana-mana pihak. Tetapi siapa yang tahu tahulah. Kalau nak kata album ini terkesan melalui kontroversi sepatutnya album ini orang lebih tahu.

Temubual Faizal Tahir Mengenai Isu Album dan Kes Gam Stesen TV
Temubual Faizal Tahir Mengenai Isu Album Tidak Laku dan Kes Gam Stesen TV
Sebuah rancangan televisyen secara tiba-tiba membatalkan penyertaan Faizal pada saat-saat akhir, betul ke?

FT: Saya rasa soalan itu lebih tepat untuk ditanyakan kepada pihak produksi itu sendiri. Sebabnya bukan saya yang membuat keputusan. Malah saya tahu mengenai hal ini juga pada saat-saat akhir, sama ada saya terkilan dengan kejadian tersebut itu tidak pernah terlintas memandangkan saya melihat ini semua sebagai bukan rezeki saya.

Bermulanya episod ini apabila Faizal dengan lantang menyangkal pendapat Norman KRU, jadi bagaimana keadaan hubungan Faizal dengan Norman kini?

FT: Ianya berlaku dalam tempoh yang sekejap, dalam keadaan negara sedang menghadapi pilihan raya. Secara jujurnya saya tidak mempunyai masalah dengan Norman. Hanya masyarakat sahaja yang melihat perkara ini besar, padahal perkara ini tidaklah terlalu serius.

Melihat apa yang terjadi, mungkin Faizal akan lebih berhati-hati kini untuk menyuarakan pendapat selepas ini?

FT: Saya akan sentiasa menjadi diri saya sendiri, apa yang penting saya tidak pernah mahu menjadi hipokrit. Selagi saya rasa pendapat yang dilontarkan tidak salah di sisi agama dan undang-undang saya akan tetap akan berpegang pada pendirian yang sama. Saya seorang jujur dan akan tetap mencari jalan terbaik untuk menyuarakan pendapat saya.

Bagi Faizal sendiri yang lebih arif mengenai perkara ini mungkin ada kata-kata yang dapat melegakan hati peminat Faizal.

Saya tahu hal sebenar, dan apa yang boleh saya katakan saya tidak berada dalam keadaan yang merugikan. - Utusan Malaysia.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Profile Faizal Tahir Di Facebook / Twitter / Youtube:




VIDEO MUZIK FAIZAL TAHIR - BIAR (OFFICIAL LYRIC)

+Mohd Rohaizad berharap Norman KRU lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal selepas ini. Kesian kepada +Faizal Tahir yang dikatakan penyokong pembangkang dan tidak pasal-pasal kena gam / banned disebabkan isu kenyataan Norman KRU yang tidak berfikir secara rasional apabila membuat statement berkenaan dengan parti politik di Malaysia. Tahulah Norman KRU merupakan orang kuat politik dalam Barisan Nasional dan jangan cuba hendak menghina parti lawan yang juga berjuang untuk rakyat, kan negara kita mengamalkan demokrasi, tolong bersikap profesional lain kali ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORMAN KRU PUNCA FAIZAL TAHIR DIGAM STESEN TV By Mohd Rohaizad. Published: 25.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...