CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NOVEL TEDUHAN KASIH - DRAMA HANGAT MENDAPAT SAMBUTAN PEMINAT


Novel Teduhan Kasih - Drama Hangat Mendapat Sambutan Peminat

Blog hiburan Mohdrohaizad.com cuba mencari novel bertajuk Teduhan Kasih secara online. Namun gagal tidak ditemui, seperti yang kita ketahui Novel Teduhan Kasih yang diadaptasikan ke Drama Teduhan Kasih pun sudah habis. Lebih membanggakan, drama ini mendapat sambutan yang hebat iaitu mencecah 4.1 juta penonton! Bagi yang berminat dengan novel cinta ini, anda bolehlah beli melalui klik link: KaryaSeni - Novel Teduhan Kasih.

Sinopsis Novel Teduhan Kasih
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.



Episod Akhir Drama Teduhan Kasih Catat 4.1 Juta Penonton

Episod terakhir drama bersiri, Teduhan Kasih yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra dan Sherry Ibrahim mencipta rekod dengan kadar tontotan 4.1 juta, Selasa lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan penonton untuk drama tersebut.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

“Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tonton Drama Teduhan Kasih Secara Online

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton  di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton. - SinarHarian

Sinopsis Drama Teduhan Kasih

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa. Kehadiran Ehsan dalam hidup Iffa merubah segalanya. Adakah bahagia bakal muncul dalam hidup iffa?

Jika anda berminat untuk menonton Drama Teduhan Kasih secara online? Klik: Drama Teduhan Kasih Secara Online




VIDEO DRAMA TEDUHAN KASIH - FULL HD - EPISOD 21

Mohd Rohaizad - Trend adaptasi novel cinta ke drama semakin mendapat sambutan. Kali ini kejayaan Novel Teduhan Kasih yang mampu menarik 4.1 juta penonton melalui Drama Teduhan Kasih. Tahniah diucapkan kepada yang terlibat! Sudah tentu terutamanya kepada penulis Novel Teduhan Kasih iaitu Marissa yang menulis karya yang sangat kreatif.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NOVEL TEDUHAN KASIH - DRAMA HANGAT MENDAPAT SAMBUTAN PEMINAT By Mohd Rohaizad. Published: 6.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...