CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PENJAGA CYBERCAFE KENA BOGEL - DICEDERAKAN


Penjaga CyberCafe (CC) Kena Bogel dan Dicederakan Kerana Persenda Ramadan!

Blog Mohdrohaizad.com digemparkan mengenai seorang penjaga cybercafe (CC) yang berbangsa Cina telah diculik, dicedera, dan dibogelkan! Gambar mangsa dibawah menjadi pengajaran kepada yang mempersendakan agama Islam. Jika masyarakat Islam tidak dapat menahan kesabaran lagi, mungkin pembunuhan akan dibuat jika pihak yang bertanggungjawab tidak mengenakan undang-undang yang berat terhadap si pelaku yang semakin berani menghina agama lain.


Penjaga Kafe Internet Dicedera - Dibogelkan

Seorang penjaga kaunter kafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25 tahun, dan Vivian Lee, 24.

Pasangan cina itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan sup babi / khinzir di laman web mereka.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin," katanya.

Sekumpulan Lelaki Melarikan Mangsa Melalui Toyota Alphard

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof, di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, (Gambar) Ng Mun Tatt, 24 tahun, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam. Wanita itu tidak diapa-apakan.

Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.

Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.


Kekasih Mangsa Tidak Diapa-apakan

Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvin dan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

"Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan mereka," katanya.

Pada Isnin, Alvin dan Vivian telah memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama.

Mohd Rohaizad hanya mampu geleng kepala, memang menjadi trend bagi kaum lain untuk menghina agama Islam sekarang ini. Adakah wajar tindakan sedemikian dibuat terhadap mangsa? Jika kita kaji, terlalu banyak penghinaan yang dibuat tetapi tiada sebarang tindakan undang-undang yang keras diambil ke atas mereka. Sehinggakan masyarakat Islam tidak dapat lagi menahan kesabaran, mahu pembunuhan dilakukan baru pihak yang bertanggungjawab buka mata mengenai isu hina Islam ini?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PENJAGA CYBERCAFE KENA BOGEL - DICEDERAKAN By Mohd Rohaizad. Published: 16.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...