CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PERNIKAHAN KEDUA HATTAN - ARIANIE ABIDIN


Terkini Majlis Pernikahan Kali Kedua Hattan dan Arianie Abidin!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri Hattan dan Arianie Abidin di atas majlis pernikahan mereka buat kali kedua. Begitulah apa yang terjadi kepada pasangan ini, setelah 8 tahun bercerai dan menghadapi pelbagai dugaan, akhirnya mereka berkahwin semula. Cinta pertama memang susah hendak dilupakan, betul tak abang Hattan?


Datuk Hattan dan Arianie Kembali Sah Sebagai Suami Isteri

Penyanyi lagu Bisa Bonar iaitu (Gambar Artis) Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, (Gambar) Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu.

Hattan atau nama sebenarnya (Gambar) Mohd Shukri Sahabuddin, 49 tahun, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang.


Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.


Hattan dan Arianie 8 Tahun Bercerai

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki (Gambar) Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.


Majlis Akad Nikah Hattan Arianie Dihadiri Rakan Artis Rapat

Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat", katanya.

Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar. - MStar.


VIDEO MUZIK HATTAN - CINTA PERTAMA

+Mohd Rohaizad akhirnya Hattan kembali kepada cinta pertamanya iaitu bekas isterinya Arianie. Setelah perkahwinan kali kedua ini, kami berharap Hattan dan Arianie terus kekal bersama dan hidup bahagia seperti dahulu. Sudah tentu anak mereka Adam Eiman gembira setelah ayah dan ibunya kembali bersatu. Tahniah kami ucapkan kepada Hattan dan Arianie diatas majlis pernikahan mereka kali kedua ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PERNIKAHAN KEDUA HATTAN - ARIANIE ABIDIN By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...