CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PERTUNANGAN RAJA AZMI - MOHD EDDIE GHAZALI | TAHNIAH


Majlis Pertunangan Raja Azmi - Mohd Eddie Ghazali | Tahniah

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah kepada Raja Azmi dan sekeluarga diatas majlis pertunangan yang bakal diadakan pada hari Selasa depan iaitu 15 Julai 2013, dalam bulan Ramadan. Mungkin dalam tahun ini juga Raja Azmi akan melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Mohd Eddie Ghazali?


Majlis Pernikahan Raja Azmi Masa Terdekat?

Penerbit filem (Gambar Artis) Raja Azmi Raja Sulaiman mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, (Gambar) Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini.

Menurut laporan pada Selasa depan, Raja Azmi, 54 tahun, akan mengadakan acara pertunangan itu di kediamannya di Ampang kira-kira pukul 6 petang dan diikuti solat Maghrib berjemaan serta majlis berbuka puasa.

Tambahnya lagi, desakan daripada anak-anaknya yang mahu melihat hubungannya dengan Eddie mempunyai ikatan yang lebih kuat membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertunang.


Majlis Pertunangan Raja Azmi - Anak Mahu Ikatan Sah

"Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.

"Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang," ujarnya.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara iaitu (Gambar) Jailani Sidek sebelum bercerai talak satu pada 27 Jun tahun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga. - Kosmo!





VIDEO RAJA AZMI - KONTROVERSI SKANDAL & CABARAN INDUSTRI HIBURAN

Mohd Rohaizad - Penulis dan para peminat dunia hiburan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali yang bakal melangsungkan majlis pertunangan pada hari Selasa depan. Bila jodoh dah sampai, Raja Azmi akan berkahwin sekali lagi. Lagi pun anak-anak Raja Azmi sentiasa menyokongnya agar membina ikatan yang kuat dan sah bersama orang yang dia cintai.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PERTUNANGAN RAJA AZMI - MOHD EDDIE GHAZALI | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 9.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...