CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PESERTA ISLAM RATU CANTIK HINA FATWA SUDAH LAPUK


Isu Kontroversi Peserta Islam Ratu Cantik Hina Fatwa Sudah Lapuk!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan penghinaan beberapa peserta Islam yang menggatakan fatwa ratu cantik sudah lapuk dan nekad untuk sertai Miss World Malaysia 2013! Begitulah peserta Islam yang cantik menawan tetapi umurnya yang mentah dan tidak matang membuatkan mereka awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menyertai pertandingan kecantikan tersebut. Sepatutnya mereka akur dan mencari inisiatif lain untuk menyertai program-program realiti yang tidak salah dalam undang-undang. Kontroversi juga timbul apabila ada peserta Islam ini sanggup hendak murtad demi menyertai ratu cantik yang kononnya sangat grand dan boleh membuatkan mereka popular terkenal sekelip mata!


Peserta Islam Seksi Hot Hina Fatwa Ratu Cantik Sudah Lapuk

Seorang peserta ratu cantik (Foto) Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam. 

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan. 

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya. 

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama. 


JAWI Nafi Beri Kebenaran Peserta Islam Sertai Ratu Cantik

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
    
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
    
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
    
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.


Rayuan Benarkan Peserta Islam Sertai Ratu Cantik
    
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
    
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
    
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
    
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
     
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan. - Malaysiakini.


Erra Fazira Harap Peserta Islam Jangan Sertai Ratu Cantik

Penyanyi terkenal Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.

Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri," kata Erra Fazira terbaru hampir maut kemalangan motosikal.

Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.

"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," kata Erra Fazira dikaitkan bercinta dengan Aaron Aziz.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20 tahun, Wafa Johanna De Korte, 19 tahun, Miera Sheikh, 19 tahun dan Kathrina Ridzuan, 20 tahun. - Mstar.


VIDEO PESERTA ISLAM KECEWA FATWA MELARANG SERTAI RATU CANTIK

+Mohd Rohaizad begitulah apabila peserta-peserta Islam hanya ada pada nama, boleh hina menggatakan fatwa yang dibuat adalah lapuk semata-mata ingin menyertai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2013. Kontroversi mengenai isu peserta Islam yang nekad untuk menyertai juga beauty contest tersebut. Malah pihak JAWI sudah diugut sehingga terpaksa memikir beberapa kali sama ada membenarkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik pada tahun ini. Hal ini pentin kerana kementerian perlancongan dan kebudayaan telah memberi beberapa kata bahawa penganjuran Miss World Malaysia sangat penting untuk industri perlancongan negara. Begitulah Melayu Boleh menyertai apa jua pertandingan yang mendedahkan tubuh badan untuk kepentingan diri dan negara.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PESERTA ISLAM RATU CANTIK HINA FATWA SUDAH LAPUK By Mohd Rohaizad. Published: 28.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...