CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PESERTA KARAOKE BERSAMA ULAR BISA NGERI DEMI WANG


Program Killer Karaoke Aksi Bersama Ular Paling Bahaya, Bisa dan Ngeri!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com tertarik dengan program realiti yang cukup mengerikan dan bahaya! Anda sanggup berkaraoke bersama ular? Begitulah program terbaru yang menawarkan wang tunai sebagai hadiah bagi peserta yang sanggup dan dapat menahan ketakutan untuk menyanyikan lagu karaoke bersama-sama aksi merbahaya lagi menakutkan! Lebih kurang macam aksi Fear Factor, tetapi kali ini peserta kena nyanyi dalam keadaan ketakutan dan ada yang menangis minta keluar.


Program Killer Karaoke Cukup Ngeri Buat Penyanyi

Di bandar London, Britain, seorang pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.

Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain dalam program realitinya. 

Steve-O kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya.


Peserta Dipaksa Nyanyi Dalam Keadaan Takut

Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.

Gambar ini menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik.


Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir demi untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). - Agensi.


VIDEO AKSI PESERTA KILLER KARAOKE NYANYI BERSAMA ULAR

Mohd Rohaizad - Agak-agak program Killer Karaoke boleh dipraktikkan di Malaysia? Artis selebriti mana yang sanggup bernyanyi atau karaoke dengan aksi-aksi merbahaya lagi ngeri. Tambah-tambah dengan ular, ada artis yang berani? Demi wang anda sanggup tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PESERTA KARAOKE BERSAMA ULAR BISA NGERI DEMI WANG By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...