CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PUISI DAYANA BUAT SUAMINYA ASHRAF MUSLIM KAHWINI WAN SAKINAH


Sajak Puisi Sedih Noor Dayana Lokman Buat Suaminya Ashraf Muslim!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com turut bersedih dengan isteri pertama artis Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman yang terkini mengirim puisi luahan hatinya yang tidak redha terhadap perbuatan suaminya berkahwin satu lagi di facebooknya. Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui suami tercinta telah memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Noor Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah untuk melakukan pernikahan di Siam. Malah keluarga mentuanya juga tidak bersetuju dengan tindakan Ashraf tersebut. Lebih mengemparkan, keluarga Noor Dayana sebenarnya sudah mengetahui Ashraf Muslim mempunyai hubungan dengan Wan Sakinah sejak belum bernikah di Mekah lagi!


Puisi Pilu Noor Dayana Terhadap Perbuatan Suaminya Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Puisi Oleh Noor Dayana Lokman


Saat bahagia gambar foto Ashraf Muslim dan isterinya Noor Dayana Lokman di majlis akad nikah di Mekah.

Terkini Bapa Mentua Ashraf Muslim Tidak Rela Anaknya Noor Dayana Dimadukan

Bapa mertua pelakon Ashraf Muslim, (Gambar) Lokman Abdul Hamid mengesahkan menantunya itu telah berkahwin buat kali kedua.

Menurut Lokman, Ashraf telah pun bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya yang sebelum ini bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan anaknya, Noordayana Lokman.

Ditanya sama ada anaknya itu pasrah jika Ashraf berkahwin lain, Lokman, yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, berkata, Dayana tidak pernah bersetuju untuk dimadukan.

“Jika Dayana setuju, masakan Ashraf memfailkan permohonan berpoligami di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, Dayana mengetahui suaminya berkahwin lain hanya selepas hampir seminggu Ashraf bernikah apabila menemui tiket kapal terbang dalam beg pakaian Ashraf.


Sebelum Bernikah Sudah Tahu Ashraf Muslim Mempunyai Hubungan Dengan Wan Sakinah!

Menurutnya, dia tahu hubungan Ashraf dengan seorang wanita lain, apabila Ashraf membuat pengakuan di depan Kaabah sewaktu mereka menunaikan umrah, sembilan bulan selepas Ashraf dan Dayana bernikah.

"Selepas apa yang berlaku, Dayana setia dan hormat Ashraf Muslim sebagai suami serta masih tinggal bersama,” katanya.

Semalam, Ashraf menarik balik permohonan berpoligami dan tindakan itu dibuat selepas mahkamah tinggi dimaklumkan, Ashraf telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, minggu lalu.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf membayar kos RM8,000 kepada isteri pertamanya,  Dayana sebagai kos.

Peguam Syarie, Zukifli Che Yong, yang mewakili Dayana memaklumkan, Ashraf, 32 tahun, pada 9 April lalu memfailkan permohonan berpoligami. - Sinarharian.



VIDEO TERKINI ASHRAF MUSLIM - WAN SAKINAH DI MAHKAMAH SYARIAH

Mohd Rohaizad berharap Noor Dayana Lokman banyak-banyak bersabar terhadap perlakuan suaminya Ashraf Muslim yang mengetepikannya untuk berpoligami dengan Wan Sakinah. Puisi pilu Noor Dayana membuatkan ramai para peminat berasa sedih namun sudah menjadi ketetapan takdir Dayana akan dimadukan. Pelbagai persoalan timbul, adakah Ashraf Muslim akan menceraikan isteri pertamanya Noor Dayana? Adakah Ashraf Muslim tidak lagi mencintai Noor Dayana sehinggakan Ashraf meninggalkan segalanya? 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PUISI DAYANA BUAT SUAMINYA ASHRAF MUSLIM KAHWINI WAN SAKINAH By Mohd Rohaizad. Published: 18.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...