CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RADHI OAG - AYU BERKAHWIN TAHUN 2014 | TAHNIAH


Akhirnya Radhi OAG - Ayu Akan Berkahwin Pada Tahun Depan 2014!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat berita gembira mengenai artis Radhi OAG yang akan berkahwin sekali lagi bersama Nur Shahira Ayu. Perancangan artis ini akan melangsungkan majlis pernikahan pada tahun 2014. Tarikh masih belum ditetapkan, tahun depan baru hendak umum selepas semua perancangan Radhi siap untuk berkahwin.


Radhi OAG Sahkan Akan Mengahwini Kekasihnya Ayu

Kekasih kepada penyanyi (Gambar) Radhi (OAG) iaitu (Gambar) Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan.

Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19 tahun, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, pada Selasa.

Keluarga Ayu Tidak Membantah Hubungannya Dengan Radhi OAG

Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya (Gambar) Muhammad Radhi Razali, 36 tahun, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujar Ayu.


Radhi OAG Dihina Sebagai Penagih Dadah

Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai Radhi bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.


Nur Shahira Ayu - Model Sambilan

Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan (Gambar) Shazlin Sharif, 35 tahun, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu (Gambar) Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun. - Mstar.


VIDEO MUZIK PERSEMBAHAN RADHI OAG DI ROCK THE WORLD 12 

Mohd Rohaizad berharap hubungan serius artis Radhi OAG dan Nur Shahira Ayu kali ini akan berhasil. Kami para peminat tidak mahu Radhi OAG terlibat lagi dengan penagihan dadah. Jelas najis dadah boleh membuatkan rumahtangga menjadi tidak stabil, begitulah yang berlaku ke atas Radhi OAG yang terpaksa menceraikan bekas isterinya pada tahun 2010. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RADHI OAG - AYU BERKAHWIN TAHUN 2014 | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 17.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...