CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RAHSIA YAKJUJ - MAKJUJ SEBENARNYA LAVA GUNUNG BERAPI!


Tahukah Anda Rahsia Yakjuj - Makjuj Sebenarnya Lava Gunung Berapi!

Blog Mohdrohaizad.com tertarik dengan maklumat yang mencabar akal bagi manusia yang terbiasa menganggap Yakjuj - Makjuj ialah sejenis kaum atau manusia yang suka berperang dan melakukan kerosakan di muka bumi. Tapi tahukah anda, terkini melalui kajian seorang rakyat Malaysia mengenai Yakjuj - Makjuj ialah makhluk Allah S.W.T. yang memang akan merosakkan muka bumi secara global suatu hari nanti iaitu LAVA GUNUNG BERAPI! Di dalam al-Quran dan hadis ada menyebut secara kiasan yang majoritinya berpendapat ia adalah makhluk yang dikurung oleh Raja Parsi Iskandar Zulkarnain Yang Teragung melalui kemahiran teknologinya untuk membina empangan menghalang lava gunung berapi dari memusnahkan kaum-kaum yang tinggal berdekatan suatu ketika dahulu. Malah dalam kitab-kitab agama samawi seperti Injil / Bible, Taurat / Old Testament dan lain-lain memaparkan cerita Gog Magog ini.


Slide Promo Buku Rahsia Yakjuj Makjuj ialah Lava Gunung Berapi / Volcano Lava


Isi Kandungan Slide Promo Buku Yakjuj Makjuj Sebenar!

  • 1. MISTERI YAKJUJ & MAKJUJ TERBONGKAR !!! www.yakjujdanmakjuj.com
  • 2. Selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan soalan yang salah tentang Yakjuj & Makjuj.
  • 3. Soalan mereka : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?”
  • 4. Ini soalan yang salah. Sepatutnya mereka bertanya : “Apakah Yakjuj & Makjuj?”
  • 5. Dalam slide ini, saya akan buktikan kepada anda bahawa Yakjuj & Makjuj bukanlah dua jenis kaum yang melakukan kerosakan.
  • 6. Slide ini akan mencabar pandangan tradisional para pengkaji yang selama ini mentafsirkan Yakjuj & Makjuj sebagai dua kaum perosak.
  • 7. Saya akan sertakan sekali dengan bukti ayat-ayat Al-Quran dan beberapa fakta lain yang akan membuatkan anda tidak senang duduk selama beberapa hari ini.
  • 8. Yakjuj & Makjuj jauh lebih menggerunkan daripada apa yang anda pernah bayangkan.
  • 9. Tiada satu pun kekuatan senjata manusia di atas dunia ini mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj.
  • 10. Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan.
  • 11. Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat.
  • 12. Yang mampu dilakukan oleh Zulkarnain hanyalah dengan mengurung Yakjuj & Makjuj di sebalik sebuah tembok besi.
  • 13. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj.
  • 14. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj & Makjuj, Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang
  • 15. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya.
  • 16. Umat Islam di seluruh dunia sedang menunggu peristiwa menakutkan ini.
  • 17. Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini.
  • 18. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Tuhan agar terselamat daripada serangannya.
  • 19. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia?
  • 20. Jawapannya bergantung kepada soalan pertama anda sama ada : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?” atau “Apakah Yakjuj & Makjuj?”
  • 21. Jika anda bertanya menggunakan soalan pertama, lebih baik anda jangan baca slide ini kerana pendedahan saya akan membuatkan anda tidak tidur nyenyak selama beberapa malam.
  • 22. Tetapi jika anda berfikiran terbuka untuk bertanya menggunakan soalan kedua, tahniah saya ucapkan.
  • 23. Anda akan menjadi antara orang yang terawal didedahkan dengan pembongkaran misteri Yakjuj & Makjuj.
  • 24. Yakjuj & Makjuj telah menjadi antara salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia.
  • 25. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun pengkaji berjaya membuktikan „siapakah‟ Yakjuj & Makjuj.
  • 26. Kegagalan membongkarkan misteri Yakjuj & Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi dahulu yang mencetuskan persoalan iaitu : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?”
  • 27. Al-Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak.
  • 28. Jika dibaca dengan teliti, dua perkataan Yakjuj & Makjuj lebih membawa pengertian kepada sejenis bencana yang merosakkan Bumi.
  • 29. Anda mahu tahu apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini?
  • 30. Bersedialah untuk mengalami satu perubahan paradigma yang akan mengubah kepercayaan anda buat selama-lamanya.
  • 31. Saya akan bongkarkan kepada anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj.
  • 32. Sebelum itu mari kita rujuk beberapa ayat Al-Quran.
  • 33. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj hanya disebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 94 dan Al- Anbiya‟ ayat 96.
  • 34. “Mereka berkata, „Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?‟” – [18 : 94]
  • 35. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]
  • 36. Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.
  • 37. “Berkata : „Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka‟.” – [18 : 95]
  • 38. Tembok ini dibina oleh Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut.
  • 39. Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi.
  • 40. Kekuatan besi tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj.
  • 41. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa „mereka‟ berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu?
  • 42. Jadi untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada „siapakah‟ kepada „apakah‟ Yakjuj & Makjuj.
  • 43. Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.
  • 44. #1 : Terletak di antara dua gunung. Yakjuj & Makjuj muncul ketika Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung. ”Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung .................” – [18 : 93]
  • 45. #2 : Merosakkan permukaan Bumi. Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan Bumi. “Mereka berkata, „Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi …………” – [18 : 94]
  • 46. #3 : Boleh disekat dengan empangan. Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. “……… aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka‟.” – [18 : 95]
  • 47. #4 : Mempunyai sifat menyala. Perkataan „Yakjuj‟ mempunyai huruf akar „alif-jim‟ yang membawa pengertian „nyalaan‟.
  • 48. #5 : Bergerak seperti gelombang. Perkataan „Makjuj‟ mempunyai huruf akar „mim-jim‟ yang membawa pengertian „gelombang‟
  • 49. #6 : Turun dari lereng-lereng tinggi. Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng- lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]
  • 50. #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]
  • 51. Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :
  • 52. #1 : Terletak di antara dua gunung.
  • 53. #2 : Merosakkan permukaan bumi.
  • 54. #3 : Boleh disekat dengan empangan.
  • 55. #4 : Mempunyai sifat menyala.
  • 56. #5 : Bergerak seperti gelombang.
  • 57. #6 : Turun dari lereng-lereng tinggi.
  • 58. #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah.
  • 59. Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah.
  • 60. Seperti yang telah saya nyatakan di awal slide ini, Yakjuj & Makjuj bukan „siapakah‟ tetapi „apakah‟.
  • 61. Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.
  • 62. Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh pengkaji terdahulu.
  • 63. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj?
  • 64. Anda tidak sabar mahu mengetahuinya. Ok, baiklah! Sekarang saya bongkarkan kepada anda.
  • 65. Secara Eksklusif !!!
  • 66. Sebelum itu, saya mahu ingatkan anda.
  • 67. Pendedahan saya ini akan menggemparkan manusia di seluruh dunia.
  • 68. Kerana saya merupakan satu-satunya pengkaji yang berani mencabar pemahaman tradisional Yakjuj & Makjuj ke perspektif baru.
  • 69. Tetapi saya akan dedahkan pembongkaran ini kepada anda terlebih dahulu.
  • 70. Kerana anda mempunyai rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
  • 71. Kerana sifat ini, saya akan beritahu anda terlebih dahulu berbanding orang lain.
  • 72. Sekarang saya akan buatkan mulut anda ternganga luas tanpa anda sedar.
  • 73. Yang sebenarnya Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan Bumi.
  • 74. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui Zulkarnain.
  • 75. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Zulkarnain. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]
  • 76. Tetapi Zulkarnain masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka.
  • 77. Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan Bumi.
  • 78. Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan.
  • 79. Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaga kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang.
  • 80. Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan Bumi.
  • 81. Tetapi saya masih belum beritahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.
  • 82. Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini.
  • 83. Mempunyai sifat menyala. Perkataan „Yakjuj‟ mempunyai huruf akar „alif-jim‟ yang membawa pengertian „nyalaan‟. _______________________________________________________ Bergerak seperti gelombang. Perkataan „Makjuj‟ mempunyai huruf akar „mim-jim‟ yang membawa pengertian „gelombang‟
  • 84. Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu : „Gelombang Yang Menyala‟
  • 85. Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada „gelombang yang menyala‟ ke dalam surah Al-Kahfi dan Al- Anbiya‟.
  • 86. “Mereka berkata, „Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?‟” – [18 : 94]
  • 87. “Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]
  • 88. Saya pasti anda masih samar-samar apakah entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.
  • 89. Cuba anda imbas apa yang saya ingatkan sepanjang slide ini. Persoalan Yakjuj & Makjuj ialah „apakah‟ bukannya „siapakah‟?
  • 90. Yakjuj & Makjuj – seperti yang saya telah terangkan bermaksud „gelombang yang menyala‟.
  • 91. Apakah bencana alam yang mengeluarkan „gelombang yang menyala‟ dan memusnahkan permukaan Bumi?
  • 92. Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu?
  • 93. Apakah bencana alam yang melibatkan „gelombang yang menyala‟?
  • 94. Sudah pasti anda akan menjawab : LETUSAN GUNUNG BERAPI
  • 95. Pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pun tahu tentang ini.
  • 96. Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai „lava‟.
  • 97. Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.
  • 98. Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi.
  • 99. Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan.
  • 100. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem „Volcano‟.
  • 101. Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan.
  • 102. Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Zulkarnain
  • 103. Kaum yang ditemui Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.
  • 104. Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di Barat menggelarnya sebagai „tornado‟ tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai „puting beliung‟.
  • 105. Dua perkataan „puting‟ dan „beliung‟ digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu „tornado‟.
  • 106. Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan.
  • 107. Begitu jugalah dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj.
  • 108. Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava.
  • 109. Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi.
  • 110. Saya tahu fikiran anda sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini.
  • 111. Dulu saya pun begitu.
  • 112. Saya percaya Yakjuj & Makjuj adalah dua kaum perosak yang ganas dan gemar melakukan perperangan.
  • 113. Tetapi selepas menonton babak letusan supervolcano di Yellowstone dalam filem 2012, saya mula membuat kajian apakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
  • 114. Letusan gunung berapi raksasa ini mengingatkan saya pada ayat Al-Quran berikut di mana Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang mengurung Yakjuj & Makjuj akan hancur seperti yang dijanjikan Tuhan.
  • 115. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]
  • 116. Anda fikir ini mengarut???
  • 117. Biar saya tunjuk kepada anda sesuatu yang lebih mengejutkan.
  • 118. Zulkarnain ialah seorang manusia yang pintar.
  • 119. Tidak kira anda hidup pada zaman bila pun, penyelesaian sesuatu masalah itu masih memerlukan kaedah yang sama.
  • 120. Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara yang aneh dalam sejarah manusia.
  • 121. Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.
  • 122. Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya menyelamatkan diri.
  • 123. Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.
  • 124. Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat.
  • 125. Penempatan kaum ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]
  • 126. Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam manusia di seluruh dunia.
  • 127. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.
  • 128. Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :
  • 129. "Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10]
  • 130. "Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?" - [67:17]
  • 131. "Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" - [67:16]
  • 132. Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan ciri- ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.
  • 133. Saya akan tunjukkan anda di mana terletaknya dua buah gunung berapi itu.
  • 134. Pasti anda tidak percaya bagaimana saya menemui lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak di antara dua buah gunung berapi.
  • 135. Saya telah menemui di manakah terletaknya dua gunung berapi itu.
  • 136. Di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empayar Zulkarnain.
  • 137. Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.
  • 138. Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu- kubu pertahanan dan sebagainya.
  • 139. Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini.
  • 140. Dengan membongkarkan identiti Zulkarnain, saya berjaya menjejak lokasi dua buah gunung berapi ini dengan mudah berpandukan peta empayar Zulkarnain.
  • 141. Anda ingin tahu siapakah Zulkarnain yang sebenar?
  • 142. Anda mahu tahu di mana lokasi dua buah gunung berapi tersebut?
  • 143. Dapatkan Ebook Yakjuj & Makjuj di www.yakjujdanmakjuj.com

VIDEO RAHSIA YAKJUJ MAKJUJ SEBENARNYA LAVA GUNUNG BERAPI

Mohd Rohaizad mengucapkan tahniah buat penulis iaitu Zack Zulkarnain dan penerbit e-book Mohd Shuhaimi aka Shuth dalam mencetus revolusi kajian mengenai Yakjuj Makjuj ini. Mungkin ada segelintir dikalangan Melayu Islam yang tidak berfikiran terbuka dan menganggap ini adalah karut belaka. Tetapi jika anda terokai dan hayati betul-betul, mungkin ia adalah benar. Apa-apa pun hanya Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui. Cadangan penulis, Shuth wajib membuat buku hardcopy kerana yakin pasti ramai yang akan membelinya, malah cuba alih bahasakan ke bahasa Inggeris. Gog Magog is a Volcano Lava.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RAHSIA YAKJUJ - MAKJUJ SEBENARNYA LAVA GUNUNG BERAPI! By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...